Artikel Terkini

Perintah Kawalan Pergerakan: Perbelanjaan Yang Terjejas!


Musim PKP ni sebenarnya bukan pendapatan anda sahaja yang terjejas. Perbelanjaan anda juga sebenarnya banyak ‘terjejas’.

Tak percaya? Jom kita kira.

Kiraan dibuat dengan andaian perbelanjaan dalam tempoh sebulan oleh seorang individu dari golongan kebanyakan (B40 & M40) yang bekerja di pejabat/lokasi tetap di Lembah Klang dan kini terpaksa bekerja dari rumah atau bercuti tanpa gaji/potongan gaji dengan anggaran 20 hari bekerja sebulan.

Kiraan untuk perkara selain daripada pengangkutan awam, parking dan makanan hari bekerja boleh juga terpakai untuk golongan selain daripada andaian di atas termasuk yang masih bekerja di pejabat seperti biasa.

Petrol

Purata kegunaan
bulanan biasa sekitar RM200. Sekarang isi RM50 pun tak luak. Itu pun belum lagi
diambil kira harga petrol yang rendah ketika ini.

Perbelanjaan terjejas : +/- RM150.00

Pengangkutan Awam

Untuk golongan seperti
diandaikan di atas, buat masa ini adalah langkah yang rasional untuk tidak
perbaharui pas bulanan.

Perbelanjaan terjejas: +/-RM100.00

Parking (Hari Bekerja)

Kadar biasa parking
harian RM5-RM10 sehari.

Perbelanjaan terjejas: +/-RM150.00

Sarapan/Makan Tengahari (Hari Bekerja):

Anggaran RM10-RM15 sehari.

Perbelanjaan terjejas : +/-RM250.00

Tol

Anggaran mudah sekitar
RM100 sebulan.

Perbelanjaan terjejas : +/-RM100.00

Riadah/Hiburan/Aktiviti Sosial:

Menonton wayang, aktiviti riadah seperti futsal/badminton/bowling/gimnasium, makan di restoran bersama keluarga, hadiah atau wang pemberian di majlis perkahwinan dan lain-lain. Bajet marhaen dengan anggaran sekitar RM200 sebulan kemungkinan besar langsung tak terusik.

Perbelanjaan terjejas: +/-RM200.00

Jumlah: +/- RM950.00 sebulan

Walaupun ada juga perbelanjaan yang mungkin meningkat seperti barang dapur dan bil elektrik, pertambahannya mungkin tidak signifikan bila diambil kira inisiatif dalam pakej ransangan ekonomi yang diumumkan kerajaan selain beberapa insentif dan penjimatan lain yang boleh didapati seperti moratorium pinjaman bank, diskaun bil elektrik, percuma bil internet dan sebagainya.

Dan jangan pula dilupakan nikmat-nikmat lain yang tidak boleh dihitung dengan wang ringgit seperti pertambahan masa berkualiti untuk bersama dengan ahli keluarga yang tercinta.

Semoga kita semua terus kekal positif dalam menghadapi dugaan ini. Jaga kebersihan dan kesihatan diri, patuhi arahan kerajaan dan teruskan berdoa agar apabila krisis ini berakhir; kita bakal keluar darinya dengan menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab dan bersyukur dengan nikmat-nikmat yang ada.

Ditulis oleh Izzudeen Razali, penulis adalah seorang penganalisis di sebuah firma pengurusan dana dan aset di Malaysia. Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan mana-mana organisasi.



Source link