Artikel Terkini

Perkhidmatan klinik bergerak kesan diabetes hasil kerjasama CSR, NADI


KUALA LUMPUR : Bagi mengekang dan mengawal kadar penyakit diabetes daripada terus meningkat di negara ini, pengeluar gula terbesar tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dan Institut Diabetes Negara (NADI) menyediakan perkhidmatan klinik bergerak.

‘Roadshow’ klinik bergerak ini akan diadakan di kawasan bandar dan luar bandar yang turut menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Victor Ng, perkhidmatan ini bukan sahaja bagi merawat mereka yang menghidap diabetes tetapi untuk meneruskan usaha agar rakyat negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

“Perkhidmatan yang disediakan ini bukanlah hanya sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami tetapi untuk menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil gula dalam kadar yang sederhana.

“Perkhidmatan ini juga adalah sebahagian daripada perancangan masa panjang kami untuk menggesa rakyat negara ini bertukar kepada gula perang,” jelasnya.

‘Roadshow’ klinik bergerak ini akan diadakan di kawasan bandar dan luar bandar yang turut menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.
‘Roadshow’ klinik bergerak ini akan diadakan di kawasan bandar dan luar bandar yang turut menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.

Malah menurut Pengerusi NADI, Profesor Datuk Dr Mustaffa Embong, perkhidmatan yang disediakan ini juga akan membantu orang ramai mengesan penyakit diabetes pada peringkat awal.

Sebelum ini ‘roadshow’ tersebut sudah dimulakan sejak April 2020 dan sudah menjelajah ke tujuh kawasan. 

Bagaimanapun, susulan pandemik COVID-19 di negara ini, ia dihentikan sementara dan akan dimulakan semula pada Oktober 2020.

Majlis penyerahan kunci replika diadakan di ibu pejabat CSR di Batu Tiga, Shah Alam pada Rabu. 





Source link