Artikel Terkini

Perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital Mungkin Cara Yang Ideal Untuk Rakyat Malaysia Melabur


Dalam
keadaan ekonomi yang tidak menentu berikutan pandemik wabak Covid-19, serta pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai persoalan timbul mengenai topik
pelaburan di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2018, Bank Negara Malaysia juga
melaporkan bahawa hutang negara kini mencecah RM1.18 trilion. Malah, menerusi
laporan terbaru, ia menunjukkan isi rumah di Malaysia menjadi yang ketiga
paling ramai berhutang di dunia, selepas Korea Selatan dan UK.

Dalam
keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ini telah menunjukkan peningkatan
yang ketara bagi perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital atau Digital
Investment Management
(DIM) services, yang menggabungkan teknologi
inovatif ke dalam pilihan perkhidmatan pengurusan pelaburan yang bertujuan
untuk menyediakan saluran yang lebih mudah, berpatutan dan boleh diakses dalam
menguruskan dan mengembangkan harta kekayaan.

Rakyat Malaysia akan mendapati perkhidmatan DIM sangat berguna kerana ianya selamat dan mudah untuk digunakan, walaupun untuk seorang yang baru bermula. Sebagai contoh, MYTHEO telah dibangunkan untuk menjadi perkhidmatan yang berorientasikan pengguna, di mana pengguna boleh menggunakannya dengan komitmen minimum serendah RM100.

Kelebihan terbesar MYTHEO adalah tidak akan ada sekatan atau menahan kos buat pelabur berbanding dengan pilihan pelaburan lain. Seseorang boleh melabur dengan mudah dan menebus serta-merta, dan dana akan dikreditkan ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari bekerja – di mana semua ini berlaku dalam talian dan bebas dari kesulitan.

Ianya baik
bagi memulakan pelaburan awal bagi mempersiapkan diri menempuh hari-hari sukar
dan ketidaktentuan, dengan peristiwa yang tidak dapat diramalkan berlaku
seperti pendemik COVID-19. Di akhirnya, pengguna akan memenuhi objektif kewangan
dengan menikmati hasil kepentingan pengkompaunan, memiliki dana untuk kecemasan
serta ketidaksabaran dan semestinya, berharap untuk menikmati persaraan awal.

Dengan
perlaburan ansuran menerusi pelan deposit bulanan tetap menerusi penarafan kos dolar,
MYTHEO membantu membina kekayaan pelabur seperti seorang professional dengan
menggunakan algoritma pelaburan dengan mempelbagaikan pelaburan secara global
dan mengotomatisasi pengimbangan semula portfolio sepenuhnya.

Baru-baru
ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) turun sebanyak
18% manakala S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average (DJIA) masing-masing
merosot sebanyak 30% dalam prestasi tahun ini sehingga hari ini (YTD); kini
lebih jelas daripada sebelumnya bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk
memulakan pelaburan awal. Mungkin terdapat banyak keraguan dan ketakutan di
pasaran, begitu jua dengan peluang. Walau bagaimanapun, satu kesilapan yang
sering dilakukan oleh pelabur-pelabur adalah taruhan dan membuat jangkaan
pasaran. Sebaliknya, mereka harus mengsetkan minda terhadap strategi pelaburan
jangka panjang dan mempelbagaikan amalan.

GAX MD adalah syarikat fintech Malaysia pertama memenangi anugerah perkhidmatan pelaburan digital yang digelar MYTHEO, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. MYTHEO telah mengambil inisiatif ini untuk menggalakkan, membolehkan dan memperkasakan rakyat, tanpa mengira etnik dan tahap pendapatan, melabur untuk hari esok yang lebih baik.

Satu kaji selidik baru-baru ini mendapati bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak mempunyai celik kewangan atau tidak melaburkan wang mereka. Dengan kenaikan harga barangan harian dan ekonomi yang tidak menentu, meletakkan rakyat Malaysia, terutama golongan milenial berusia 25 hingga 35 tahun dalam kedudukan tidak berdaya, lebih-lebih lagi dalam soal melabur.

“Matlamat
MYTHEO sebagai perkhidmatan DIM adalah untuk merapatkan jurang dengan
mempromosikan celik kewangan dan keterangkuman di kalangan rakyat Malaysia, terima
kasih kepada kemampuan dan proses onboarding yang mesra pengguna. Perkhidmatan
ini boleh diakses dengan mudah di mana sahaja dan bila-bila masa kerana ia
menjimatkan kos seperti gaji penasihat kewangan atau penyelenggaraan pejabat
fizikal, dan semestinya dapat mengurangkan keperluan pelaburan minimum di
samping mengenakan bayaran yang lebih rendah. Ianya juga dapat menghapuskan
prejudis manusia dan mengambil pilihan pelaburan rasional dengan menggunakan
algoritma untuk memperuntukkan, mengurus dan mengoptimumkan aset pelangan
secara automatik.” kata Ronnie Tan, Ketua Pegawai Eksekutif GAX MD, pemilik
MYTHEO, sebuah perkhidmatan DIM Malaysia.

Beliau
berkata, “Secara ringkasnya, MYTHEO menjalankan semua asas pelaburan untuk
segmen besar untuk rakyat – sama ada pelajar, milenial, pekerja ekonomi bebas,
pesara mahupun pelabur yang bijak mencari peluang untuk mengembangkan kekayaan
mereka. Di Malaysia, kira-kira 29% penduduk negara yang berusia antara 22-40
tahun, adalah segmen yang paling kurang memiliki pengalaman dalam pelaburan.
Walaupun dalam golongon yang menggunakan atau lebih menguasai teknologi, tidak
menghairankan bahawa ramai dari golongan milenial ini mula beralih kepada
penyelesaian pelaburan digital untuk mempelajari dan mengurus pelaburan,”

Teknologi inovatifnya menggunakan algoritma unik berdasarkan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dan strategi pelaburan yang baik untuk mewujudkan, mengekalkan dan mengoptimumkan portfolio pelaburan berdasarkan pendapatan pelabur, selera risiko, ufuk pelaburan. Pengguna juga akan mendapat ketenangan fikiran kerana aset yang dilaburkan selamat di bawah jagaan Malaysian Trustees Berhad. Dengan keselamatan dan kemudahan relatifnya, perkhidmatan DIM terbukti satu cara yang baik buat rakyat Malaysia mempelajari dan bermula melabur. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama, dan dalam kes golongan milenial, perkhidmatan DIM mungkin langkah pertama yang terbaik!

MYTHEO Tak Patuh Syariah

Sumber: MYTHEO

Harus diingatkan bahawa pelaburan di MYTHEO adalah belum patuh syariah ya. Tapi kita boleh lihat kepada trend yang beralih ke pelaburan robo-advisor seperti ini yang semakin popular di kalangan pelabur.



Source link