Artikel Terkini

Perlis kaji haramkan penggunaan polistirena



KANGAR: Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk mengharamkan penggunaan beg plastik dan polistirena di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Teh Chai Ann.

“Buat masa ini, kerajaan negeri telah menjalankan kempen larangan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari Sabtu sebagai langkah permulaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan) yang ingin tahu kenapa penggunaan polistirena masih tidak dilarang di negeri ini.

Teh berkata penggunaan polistirena boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

— BERNAMA





Source link