Artikel Terkini

Perubahan Dalam Dunia Kewangan Akan Datang


Pernahkah kita tertanya-tanya, bagaimana agaknya perkhidmatan dalam dunia kewangan untuk tempoh lima ke sepuluh tahun yang akan datang?

Seperti yang kita sedia maklum, bidang kewangan adalah bidang yang relevan sepanjang zaman kerana transaksi kewangan berlaku setiap hari dan pengurusan kewangan amat diperlukan bagi setiap individu.

Namun, bagaimanakah cara pelaksanaan dan kemudahan untuk pengguna pada masa hadapan?

Hikmah pandemik yang berlaku hari ini, kita lihat banyak perkara boleh dilakukan secara online dan ianya memudahkan urusan pelbagai pihak. Ia juga menjimatkan masa, tenaga dan mempercepatkan urusan.

Walaupun ekonomi negara-negara G7 masih mendominasi iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom; negara lain yang sedang membangun menunjukkan peningkatan dan mereka lebih mudah melaksanakan teknologi dalam kewangan berbanding negara yang sudah 40 tahun menggunakan sistem lama yang didapati banyak digunakan negara G7.

Tinjauan telah dijalankan oleh pihak Deloitte yang melibatkan institusi dari 28 buah negara dan 200 responden eksekutif senior. Tinjauan ini mendedahkan bagaimana kesan geografi mempengaruhi perkhidmatan kewangan akan datang dan apa yang mereka rancangkan.

Hasil dari analisis tersebut medapati negara G7 agak skeptikal dengan perubahan yang dilakukan atau akan dilakukan dengan teknologi baru dan kurang berminat untuk melaksanakannya.

Selain itu, keperluan untuk bakat baru juga berbeza. Negara G7 mencari mereka yang berpengetahuan dalam industri namun pihak lain mencari alternatif yang lebih fleksibel dan pelaksanaan lebih mudah

Teknologi akan memberi kesan tetapi pasaran baru teknologi tidak akan mendominasi keadaan sekarang.

Tinjauan ini juga menunjukkan 5 kategori responden di negara G7 terhadap pelaksanaan teknologi dalam dunia kewangan contohnya transaksi menggunakan internet, biometrik, matawang kripto, bayaran menggunakan handphone, blockchain, Robotic & Cognitive Automation (R&CA). Hasilnya mendapati bahawa negara G7 menyatakan ia tidak memberi impak yang besar terhadap apa yang dilakukan sekarang.

Dari carta di atas kita lihat penerimaan institusi selain dari negara G7 lebih terbuka dalam menggunakan teknologi baru. Sekarang pun kita boleh nampak kesannya terhadap negara China yang lebih laju dalam menjana ekonomi negara dengan menggunakan teknologi baru.

Namun, negara G7 mengakui kesan teknologi dalam dunia bisnes dalam kebanyakan sektor seperti perkhidmatan pelanggan, pembangunan produk, operasi dan pemilihan bakat baru dalam industri. Mereka lebih memilih pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang.

Maka, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan teknologi akan datang. Teknologi adalah bagus namun ia tidak menafikan keperluan interaksi dengan manusia untuk menerangkan mengenai sesuatu produk serta memberi perkhidmatan.

Jangan risau kepada mereka yang menjadi agen dalam servis kewangan kerana perkhidmatan dan kemahiran anda amat diperlukan. Ini kerana dengan adanya teknologi memang ia memudahkan namun membuatkan orang lain akan sibuk juga dengan hal lain.

Akhirnya, kita akan mencari seseorang dalam bidang kewangan untuk uruskan kewangan peribadi seperti simpanan, pelaburan, takaful dan juga urusan wasiat.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan (pelaburan, takaful dan wasiat) di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga sesi konsultansi individu.

Sumber Rujukan:



Source link