Artikel Terkini

Perut Buncit Boleh Hilang Dengan 6 Bahan Ajaib Ini!


Bukan mudah nak menurunkan berat badan selepas bersalin. Kalau berjaya sekalipun, perut dah tak sama macam masih anak dara dulu. Ada sahaja yang menggeleber dan buncit! Keadaan ini pastinya membuatkan suami sedikit sebanyak akan complaint. Betul tak? Untuk mengatasi masalah perut buncit lepas bersalin ini kaedah rawatannya mengikut bahan-bahan alami;

 

1. Gunakan Limau nipis

Cara penyediaan: Perah sebiji limau atau lebih ke dalam gelas. Tambah air dan kacau sehingga sebati. Jika perlu, boleh juga campur dengan air teh sebagai penyedap rasa.

Cara pengamalan: Amalkan minum pada waktu pagi dan malam. Sebaiknya minum sementara air masih suam

 

2. Daun Salam

Cara penyediaan: Tahu tumbuhan bernama Syzygium Polyanthum? Itu nama saintifiknya. Nama yang lebih dikenali adalah daun salam. Rebus sekurang-kurangnya 10 helai daun ini ke dalam air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk

Cara pengamalan: Minum dua kali sehari

 

 

3. Buah Delima

Cara penyediaan: Tumbuk sehingga lumat isi buah delima (5 biji ke 6 biji). Campurkan garam dengan dua gelas air besar dan tambahkan buah delima yang ditumbuk sebentar tadi

Cara pengamalan: Minum setiap pagi selama 2 minggu dalam satu bulan. Disarankan untuk minum selepas sarapan

 

4. Air kapur

Cara penyediaan: Sediakan secawan air untuk dan kapur. Bancuh dan perap air kapur sehingga nampak kapur di permukaan bawah gelas. Alihkan air jernih di permukaan atasnya ke cawan yang lain. Campur perahan limau nipis (sebiji sudah mencukupi) ke dalam air jernih

Cara pengamalan: Minum 2 kali sehari pagi dan malam

 

5. Daun jambu batu

Cara penyediaan: Sediakan sebuku halia dan beberapa helaian daun jambu batu. Tumbuk halus kedua-dua ramuan ini. Campurkan dengan air dan kapur sirih. Sapukan pada bahagian perut (pastikan sudah digaul rata terlebih dahulu) dan biarkan ia sehingga kering

Cara pengalaman: Sapu pada setiap malam

 

6. Minyak kayu putih

Cara penyediaan: Untuk tips ini, anda perlu gaul sehingga sebati satu camca besar air limau nipis, satu camca besar kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gosokkan dan sapu pada perut

Cara pengamalan: Lakukan setiap malam untuk beberapa minggu



Source link