Artikel Terkini

Pesanan Bagi Produk Penjagaan Kesihatan Dan Kebersihan Meningkat Lebih 500%


Sepanjang dua
minggu setengah yang lalu, terdapat peningkatan yang mendadak dalam permintaan
bagi produk seperti topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan
penyembur disinfektan, tisu basah (wet
wipes)
, gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin, di
Shopee, dengan pesanan meningkat
sebanyak lebih daripada 521%.
Banyak
produk penjagaan kesihatan dan kebersihan ini kini tiada stok di kebanyakan kedai,
menyebabkan rakyat Malaysia beralih kepada pembelian atas talian untuk mendapatkannya.

Hal ini berlaku dalam kebimbangan
global yang disebabkan oleh wabak coronavirus baharu (juga dikenali sebagai Wuhan
Virus
) yang telah menjejaskan lebih 4,500 orang, dan jumlah kematian
meningkat kepada lebih 100 orang.

Di negara kita, terdapat empat kes
wabak coronavirus yang telah disahkan. Ini merupakan tambahan
kepada kes-kes wabak Influenza A (H1N1) dan penyakit tangan, kaki dan mulut yang
berlaku di Malaysia.

Untuk membantu
rakyat Malaysia melindungi diri mereka, kami bekerjasama bersama jenama dan
penjual di seluruh negara yang mempunyai stok untuk menawarkan produk mereka.
Kami juga telah mengambil langkah proaktif untuk mengingatkan semua penjual
kami bahawa Kerajaan telah menetapkan harga siling maksimum untuk topeng muka,
dan untuk meletakkan harga pada barang-barang ini secara munasabah kerana ia merupakan
keperluan asas bagi semua.

Kami juga telah memudahkan pencarian produk-produk ini di platform kami melalui halaman Keperluan Anti-Influenza – https://shopee.com.my/m/anti-influenza-necessities

Kami harap ini akan
membantu memberi ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan
Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna
pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan
pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi
platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini.

Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori
seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi &
permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura
sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia,
Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital,
eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan.
Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan
kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New
York (NYSE) dengan simbol SE.



Source link