Uncategorized

PMB Investment Merangkul 2 Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019

PMB Investment Merangkul 2 Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019 1


PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), berjaya memenangi dua (2) anugerah individu dana unit amanah syariah terbaik Malaysia pada Majlis Penganugerahan Lipper Fund Awards from Refinitiv 2019, hari ini (25 Mac 2019).

Salah satu dana yang diuruskan Syarikat Pengurus Dana Islam (IFMC) ini, iaitu PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF) memenangi Anugerah Lipper 2019 bagi kategori Dana Ekuiti Malaysia Terbaik bagi tempoh 3 dan 5 tahun berakhir 31 Disember 2018. Untuk rekod, PMB SPF turut memenangi Anugerah Morningstar 2019 Khamis lalu (21 Mac 2019). Anugerah Morningstar merupakan anugerah beprestij di mana hanya lima (5) dana terbaik di Malaysia dipilih untuk menerima pengiktirafan. Morningstar merupakan syarikat penyelidikan pelaburan bebas antarabangsa.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan PMB SPF, Najmi Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment berkata, “kemenangan ini membuktikan dana-dana kami berupaya memberi pulangan yang baik dan masyarakat pelabur seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membuat perancangan pelaburan dengan melabur dalam dana-dana berprestasi tinggi yang diurus oleh PMB Investment.”

PMB Investment Merangkul 2 Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019 2

Berdasarkan ‘Lipper Reader Rating’, PMB Shariah Premier Fund mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila memberi pulangan sebanyak 11.11% bagi tempoh tiga tahun dan 22.90% bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2018. PMB SPF berada dalam kedudukan pertama dari 57 dana untuk tempoh 3 tahun dan 52 dana bagi tempoh 5 tahun dalam kategori dana Ekuiti Syariah Malaysia berakhir 31 Disember 2018.

PMB SPF menawarkan peluang kepada pelabur untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam mana-mana 75 saham patuh syariah terbesar dari segi modal pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada 2018, PMB SPF menerima anugerah Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) pada Majlis Penganugerahan Morningstar 2018 dan menerima pengiktirafan dalam Anugerah Unit Amanah Disyorkan Fundsupermart.com 2018/19.

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

PMB Investment Merangkul 2 Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Lipper Fund Awards From Refinitiv 2019 3

Komen

komen





Source link