Artikel Terkini

Pokok Dah Tua dan Tak Berbuah, Cuba Buat Macam Ni


Kebiasaannya, bila tanaman dah berusia sudah pasti hasilnya semakin berkurangan. Letak lah baja apa pun sekali, struktur pokok sukar untuk dipulihkan. Jadi ada yang akan kata mabuk daun dan tebang je pokok yang dah tua.

Sebenarnya, pokok tua pon boleh diremajakan melalui cantuman atau kaedah kahwin pokok. Kebanyakkan penggiat industri banyak menggunakan kaedah ini. hasil perkahwinan ini, pokok bukan sekadar lebih cepat matang malah menghasilkan buah lebih berkualiti dengan cepat dan rendang. Boleh petik tanpa perlu guna galah atau tangga tau.

1. Pilih batang pokok yang sihat dan berukuran lebih daripada 2 inci lebar.

2. Potong bahagian batang yang tidak diperlukan. Tempat yang akan dijalankan proses kahwin nanti perlu 4 hingga 6 kaki tinggi dari tanah. Selebihnya dipotong keseluruhan. Sebelum dipotong, pastikan gergaji atau pisau yang digunakan bersih dan tajam bagi mengelak bakteria membiak.

3. Potong sedikit bahagian kulit pokok mangga dengan menggunakan pisau sebagai poket untuk cantuman anak pokok baru

4. Sediakan tunas atau ranting berukuran 1 kaki yang sesuai untuk cantuman dan di potong baji di bahagian pangkanya. Buang semua daun kecuali daun pucuk yang paling muda.

5. Letakkan ranting yang telah dibaji tadi ke dalam poket yang telah disediakan. Dan pastikan bahagian baji bersentuhan dengan dahan. Ikat dengan tali rafia untuk mengukuhkan kedudukan ranting pokok baru.

6. Sapukan cat kalis air bagi mengatasi serangan penyakit pada bahagian dahan yang di potong,

P/S: Untuk peringkat awal tumbesaran tunas cantuman, ia memerlukan sokongan. Ikat pada pandang besi atau buluh buat sementara waktu sehingga betul-betul kukuh.



Source link