Uncategorized

Pos Malaysia lantik Yasmin Mahmood sebagai pengerusi baharu

Pos Malaysia lantik Yasmin Mahmood sebagai pengerusi baharu 1



Pos Malaysia lantik Yasmin Mahmood sebagai pengerusi baharu 2

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April ini.

Yasmin akan menggantikan Datuk Mohammad Zainal Shaari, yang meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan kepada program rasionalisasi yang sedang dilaksanakan dalam DRB-Hicom Group.

Mohammad Zainal menjadi pengerusi DRB-Hicom, syarikat induk Pos Malaysia, pada 13 April, 2018.

Dalam kenyataan pada Khamis, Pos Malaysia berkata Yasmin, yang meninggalkan MDEC pada pertengahan Januari 2019, merupakan pemimpin berfikiran global dalam aspek transformasi, perundingan dan pelaksanaan ekonomi digital.

Semasa kepimpinanan beliau, MDEC melonjak ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadikan ekonomi digital sebagai enjin pertumbuhan Malaysia.

Tahun lepas, beliau diiktiraf sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam kerajaan digital oleh Apolitical, sebuah rangkaian global bebas bagi kerajaan, yang berpangkalan di United Kingdom, untuk membantu penjawat awam mencari penyelesaian kepada isu berkaitan.

Pada masa ini, Yasmin merupakan pengarah urusan FutureReady Consulting Sdn Bhd.

Sementara itu, Pos Malaysia juga mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 1 April, 2019.

Penyedia perkhidmatan pos itu berkata Zamzamzairani meletak jawatan kerana komitmennya yang tinggi sebagai anggota lembaga pengarah di syarikat lain. — Bernama





Source link

Related Posts