- Bina Rumah Batu-Bata
- Zero Deposit
- Spesifikasi Rumah
- Lokasi Projek
- Pembiayaan LPPSA
- Garis Panduan LPPSA (Rasmi)
- Soalan Lazim LPPSA
- E-Book LPPSA (Download)
- 1. Apa itu LPPSA?
- 2. Kelebihan LPPSA
- 3. Syarat Kelayakan
- 4. Jenis-Jenis Pembiayaan
- Jenis 1 – Pembelian Rumah Kediaman Yang Telah Siap
- Jenis 2 – Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri
- Jenis 3 – Membeli Rumah Kediaman Yang Sedang Dibina
- Jenis 4 – Pembelian Tanah Bagi Pembinaan Rumah
- Jenis 5 – Melunaskan Keseluruhan/ Sebahagian Pinjaman Sedia Ada Daripada Bank/ Institusi Kewangan
- Jenis 6 – Pembinaan Rumah Kediaman Di Atas Tanah Yang Sedang Dibiayai Oleh BPP/ LPPSA
- Jenis 7 – Ubah Suai Rumah Yang Sedang Atau Telah Selesai Bayar Melalui LPPSA
- 5. Semak Kelayakan LPPSA
- 6. Dokumen Yang Diperlukan
- 7. Insurans/ Takaful LPPSA
- 8. Kos Yuran Guaman
- 9. BONUS: Bina Rumah
- Pembiayaan Koperasi
- Pengeluaran KWSP
- Bayaran Tunai
- Kalkulator
SKIM PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN KERAJAAN
Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan.
Syarat-syarat asas:
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Warganegara Malaysia
- Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
- Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
- Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
- Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan Pinjaman
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut:
SKIM PINJAMAN PERUMAHAN BANK
Bank-bank tempatan menyediakan pinjaman perumahan, secara islam dan konvensional. Untuk membantu pembeli-pembeli yang tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan disebabkan mereka bukan kakitangan kerajaan atau sebagainya.
Pinjaman Perumahan Konvensional :
- Pinjaman Perumahan Konvensional merupakan sebahagian besar dari jumlah keseluruhan pinjaman perumahan di pasaran. Dalam Pinjaman Perumahan Konvensional peminjam bersetuju membayar balik pinjaman sekali dengan faedah dalam jangka masa pinjaman yang ditentukan.
- Kebiasanya bank mengenakan kadar faedah tetap atau boleh ubah.
Pinjaman Perumahan Islam :
Konsep Pinjaman Perumahan Islam sedikit berbeza dengan Pinjaman Perumahan Konvensional.Perumahan Islam tidak berdasarkan faedah. Pembiayaan perumahan Islam di Malaysia biasanya terbahagi kepada dua jenis – Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM).
- Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
Konsep pertama yang digunapakai di Malaysia ketika kewangan Islam mula-mula diperkenalkan. Dalam pembiayaan perumahan BBA, bank mulanya membeli harta pada harga pasaran dan menjual semula kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui.
Harga ini adalah harga pembelian harta tambah keuntungan bank. Bank dan pelanggannya kemudiannya bersetuju dengan satu jangka masa dan jumlah bayaran ansuran tanpa kadar faedah.
- Musyarakah Mutanaqisah
Melalui konsep ini, bank dan pelanggan berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Melalui perkongsian ini pemilikan keatas aset ini menjadi pemilikan kedua belah pihak.Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila selesai membayar kesemua bayaran pembiayaan dalam temph masa yang ditetapkan.