Artikel Terkini

Puasa-Ringkas Mudah Tapi Lazat Pilihan IMPIANA


Esok sudah tibanya hari yang dinanti-nantikan umat islam, bangun sahur adalah saat paling indah tetapi ada yang liat nak bagun sahur pun ada. Kali ini IMPIANA nak share resipi dengan pembaca semua. Sesuai untuk juadah bersahur.

Asyik cerita pasal mengemas ja kan, kali ni IMPIANA nak buat kelainan sikit kat dapur tu. Jom pergi dapur check bahan-bahan ni ada ke tak?

Bahan-bahan

Minyak Masak

Ikan bilis

Bawang Besar

Cili Padi

Cara Memasak

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  3. Asingkan ikan bilis yang telah digoreng.
  4. Goreng bawang besar yang telah dihiris bersama cili padi yang dibelah dua sehingga kekuningan.
  5. Campurkan ikan bilis, bawang dan cili padi.
  6. Hidang sedia untuk dimakan .

Mudahkan, makan dengan nasi panas dan kicap… Perghhhhhh!

Pasti tersenyum sepanjang hari berpuasa. Kalau tak percaya boleh cuba. Jimat dan sedap!



Source link