Artikel Terkini

Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran

51585562450 Danahargatetap - Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran

rumahibs logo black - Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran

81585562457 Danahargatetap - Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) sebanyak 4.75 sen seunit kepada 439,543 pemegang unit dan 4.25 sen seunit kepada 553,188 pemegang unit Amanah Saham Malaysia (ASM).

Jumlah pembayaran pendapatan mencecah hampir RM1.4 bilion bagi kedua-dua dana tersebut.

Setakat 29 Februari 2020, ASB 2 mencatatkan pendapatan bersih direalisasi berjumlah RM413.30 juta, manakala ASM mencatatkan pendapatan bersih direalisasi berjumlah RM646.70 juta.

ASNB, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020.

Ia merangkumi dua dana harga tetap, iaitu ASB 2 dan ASM dan tiga dana harga berubah, iaitu ASN Equity 3, ASN Imbang 2 and ASN Sara 1.

Dana Harga Tetap ASNB
Prestasi ASB 2 dan ASM ditanda aras berbanding Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020, ASB 2 dan ASM telah mengatasi penanda aras Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank, di mana jumlah pulangan tahunan bagi dana-dana tersebut telah dicatatkan pada kadar pengagihan masing-masing sebanyak 4.75% dan 4.25%, berbanding kadar pulangan 2.60% yang telah dicatatkan oleh Simpanan Tetap 12- Bulan Maybank.

Dana Harga Berubah ASNB
ASNB turut mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit kepada 89,327 pemegang unit ASN Equity 3, 3.50 sen seunit kepada 86,426 pemegang unit ASN Imbang 2 dan 4.55 sen seunit kepada 69,872 pemegang unit ASN Sara 1, dengan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan bagi ketiga-tiga dana berjumlah RM228.7 juta.

Jumlah pulangan bagi ketiga-tiga dana telah ditanda aras berbanding FBM 100 dan Simpanan Tetap 12-Bulan Maybank, pada nisbah yang ditetapkan untuk setiap dana.

Pengagihan pendapatan yang diisytihar oleh dana-dana tersebut diperolehi daripada keuntungan direalisasi, dividen dan pendapatan lain.

Selari dengan penanda aras yang telah ditetapkan, PNB sentiasa mengekalkan strategi peruntukan aset berhemah dan pegangan saham yang besar di pasaran awam memastikan PNB mempunyai tahap kecairan pelaburan yang diperlukan untuk memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unit.

Di sebalik cabaran yang dihadapi sepanjang tahun 2019, portfolio dana PNB telah kekal kukuh secara relatif, berbanding penanda aras masing-masing, yang mana sebahagian besarnya disumbang oleh pegangan saham berkualiti tinggi dengan asas yang kukuh, serta langkah yang telah diambil bagi mempelbagaikan lagi portfolio.

Pengiraan Pengagihan Pendapatan
Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana, manakala pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1 adalah berdasarkan baki minimum bulanan yang dipegang pada hujung tahun.

Pengagihan yang diisytiharkan oleh setiap dana akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam setiap akaun pemegang unit dan akan dikreditkan secara automatik kepada akaun pemegang unit pada 1 April 2020.

Tinjauan Pasaran
Dalam keadaan semasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, PNB ingin mengingatkan kepada pelabur bahawa syarikat-syarikat akan terus mengalami tekanan untuk meraih pendapatan dan ini tidak terhad kepada pasaran Malaysia sahaja tetapi juga pasaran global.

Walaupun impak ekonomi dari keadaan semasa akan dirasakan secara meluas, sebagai pelabur jangka masa panjang, pasaran dijangka akan pulih dalam jangka masa sederhana dan panjang, setelah berubah mengikut keadaan baharu atau ‘the new normal’.

Bagi memenuhi keperluan dalam keadaan baharu ini, PNB akan memfokuskan usaha untuk memanfaatkan prospek yang ditawarkan oleh ‘market mispricing’, atau pasaran dengan harga saham di bawah nilai sebenar, ke arah memastikan PNB mampu bertahan sepanjang ketidaktentuan ini.

PNB akan terus memperkukuh daya tahan portfolio pelaburan di sebalik keadaan pasaran yang sangat tidak menentu dengan menetapkan segala pelaburan melalui proses penilaian ketat, dan seterusnya cadangan pelaburan melalui proses tadbir urus berperingkat.

Ini penting untuk menentukan portfolio PNB adalah terdiri daripada syarikat-syarikat yang diurus dengan baik serta mampu menempuhi kitaran pasaran.



rumahibs logo black - Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran

Source link

Related Posts