Uncategorized

Rakyat Malaysia Kini Boleh Dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan Melalui Loancare

Rakyat Malaysia Kini Boleh Dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan Melalui Loancare 1


Kuala Lumpur, 28
Jun 2019
LoanCare telah dikemaskini dengan dua
ciri baharu. Kini, pengguna boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman
perumahan mereka sehingga daripada 17 bank di Malaysia berserta dengan jumlah
ansuran bulanan dan tempoh pinjaman rumah dihantar terus ke e-mel mereka.

Di Malaysia, kebanyakan bakal pemilik
rumah tidak menyedari bahawa bank yang berbeza menawarkan nisbah pembiayaan
hutang (Debt Servicing Ratio) yang
berbeza-beza. Nisbah pembiyaan hutang ialah jumlah pendapatan seseorang yang
boleh digunakan untuk membayar ansuran hutang dan diwakili dengan peratusan
(%). Kini, kesemua pembeli boleh mengakses maklumat ini secara percuma di iProperty.com.my di hujung
jari mereka.

Tidak seperti aplikasi semakan pinjaman
rumah yang lain, LoanCare dari
iProperty.com.my juga tidak memerlukan seseorang untuk mendedahkan nombor Kad
Pengenalan mereka.

“Konsep nisbah pembiayaan hutang
adalah baharu bagi kebanyakan orang. Selalunya, mereka tidak faham bahawa bank
menggunakan nisbah pembiayaan hutang dalam pelbagai cara walaupun ia bukanlah
satu konsep yang sesuai dengan semua perkara. Nisbah pembiayaan hutang
menunjukkan berapa banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran
hutang dan dinilai dengan peratusan. Ia dinilai daripada dua (2) komponen utama
iaitu komitmen dan pendapatan.

Apabila seseorang dalam usaha pencarian
hartanah tanpa pemahaman yang betul bagi konsep nisbah pembiayaan hutang ini,
permohonan mereka berkemungkinan ditolak oleh bank dan mereka tidak dibenarkan
untuk membuat permohonan pinjaman perumahan selama tiga hingga enam bulan.

Pada dasarnya, kami ingin menyediakan
platform yang mudah bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan pencarian hartanah
yang dikehendaki melalui carian khusus dan laporan kelayakan pinjaman perumahan
melalui satu saluran sahaja. Ia adalah sasaran utama bagi mencapai objektif ini
dengan pelancaran versi Bahasa Malaysia ini,” tambah David Mawer.

Mengenai iProperty.com.my: iProperty.com.my adalah jenama pengguna
REA Group Asia di Malaysia dan merupakan laman web hartanah yang terkemuka di
Malaysia, memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari hartanah bagi
pembelian atau penyewaan, dan juga menghubungkan pencari hartanah dengan ejen
hartanah serta pemaju. iProperty.com.my turut menawarkan penyelesaian secara
dalam dan luar talian bagi pelanggan dan pengguna yang terlibat dalam acara
atau ekspo yang berkaitan hartanah dan menghasilkan isi kandungan digital dan
video.

Dengan kunjungan lebih 2 juta pengguna
dalam masa sebulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah nombor satu di
Malaysia.

Mengenai REA Group Limited: REA Group Limited ACN 068 349 066 (ASX: REA) ("REA Group") adalah syarikat pemasaran digital multinasional yang mengkhusus dalam bidang hartanah. REA Group mengendalikan laman web perumahan, komersil, dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka di Australia - realestate.com.au, realcommercial.com.au, Flatmates.com.au – dan juga Spacely, satu laman web hartanah, bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Di Asia, Kumpulan REA memiliki laman web hartanah yang terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), dan portal-portal terkenal di Hong Kong (squarefoot.com.hk), China (myfun.com), dan Singapura (iProperty.com.sg) serta ekspo perniagaan (SmartExpo) yang merentasi benua Asia dan sebuah laman ulasan hartanah terkemuka di Thailand (thinkofliving.com). REA Group juga memiliki Smartline Home Loans Pty Ltd, iaitu kumpulan francais pembrokeran gadai janji di negara Australia dan Hometrack Australia Pty Ltd, penyedia utama bagi perkhidmatan data hartanah. REA Group juga merupakan pemegang saham penting bagi laman web hartanah Move, Inc di Amerika Syarikat dan PropTiger di India.

Rakyat Malaysia Kini Boleh Dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan Melalui Loancare 2

Komen

komen





Source link