Uncategorized

Ramai Stop Beli Milo Sebab Bukan Keluaran Muslim?


Sejak dua menjak kempen Buy Muslim First ni, kesedaran orang ramai tentang kepentingan untuk membeli produk Muslim semakin meningkat. Inilah masa terbaik nak buka mata tentang produk-produk Muslim.

Tetapi jangan ikut-ikut orang saja, seiringkan sekali dengan ilmu.

Apa kata kita dengar kupasan Tuan Abu Affan, seorang pakar kewangan Islam mengenai tindakan berhenti membeli produk Milo keluaran Nestle.

MILO

Satu produk yang tidak asing lagi dalam isi rumah di Malaysia.

Kalau pergi kedai makan pun, nak air coklat malt mesti kita minta “Milo Ais satu”.

Tapi semenjak kempen #BMF popular, ada sesetengah orang tidak mahu lagi membeli Milo atas alasan bukan milik org Muslim.

Ada yang rasa berdosa minum MILO sebab tak utamakan produk keluaran Bumiputra yang lain.

Ada juga yang sampai tahap meminta KFC menukar menunya daripada menjual MILO kepada produk keluaran Bumiputra.

Kadang kadang pelik juga, seolah seolah sebahagian daripada kita nak MILO ni bankrap dan tak laku.

Tapi, adakah benar MILO bukan produk orang Islam?

Persepsi ini tidak 100% tepat.

MILO adalah sebuah produk keluaran Nestle Malaysia.

Nestle Malaysia adalah sebuah syarikat yang diapungkan di Bursa Saham Malaysia.

KWSP memegang 18,026,700 saham Nestle Malaysia bersamaan dengan 7.69% jumlah saham yang diterbitkan Nestle Malaysia.

KWAP, badan yang menguruskan pencen pegawai Kerajaan pula memegang 4,776,200 saham bersamaan dengan 2.04%.

Jumlah saham yang diapungkan di pasaran Bursa KL pula hanya 30% dari seluruh jumlah saham (70% saham dipegang oleh Nestle Group).

Ini bermaksud, KWSP dan KWAP memegang hampir 1/3 saham Nestle Malaysia yang diapungkan di Bursa.

Tahun 2018, Nestle Malaysia mengumumkan dividen sebanyak RM 2.80 untuk satu unit saham.

Ini boleh diterjemahkan kepada RM50,474,764 pendapatan dividen kepada KWSP dan RM13,373,360 kepada KWAP.

Oleh itu majoriti orang Islam yang mencarum di KWSP dan majoriti orang Melayu pegawai Kerajaan yang pencen mereka diuruskan KWAP beroleh manfaat.

Selain daripada itu, Nestle merupakan antara syarikat gergasi yang banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Oleh itu, cadangan saya ialah teruskanlah membeli dan minum MILO, tapi dalam masa yang sama beli dan support juga produk produk coklat malta keluaran tempatan.

Tak perlu rasa berdosa kalau beli MILO deh.

Nota tambahan:
Bagi peniaga, kalau anda menggunakan jenama lain untuk produk coklat malta anda selain MILO, jangan iklankan atau pamerkan produk anda sebagai MILO sebab itu sudah dikira sebagai al-ghasy dalam Mualamat Islam. Kalau VICO katakan VICO.

Sumber: Abu Affan

Saham Nestle Paling Mahal Di Bursa Malaysia Dan Patuh Syariah

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau nak beli saham Nestle, minimum modal dalam RM14,000 lebih. Rakyat marhaen mungkin belum mampu, dan lebih gemar memilih saham yang lebih murah.

Sebab apa harga saham Nestle ‘mahal’?

Tahun lepas saja syarikat Nestle mencatatkan keuntungan sebanyak RM653 juta. Kalau nak tahu, Bukan Saja Milo, Ada Banyak Produk Nestlé Yang Kita Tak Sangka. Memang patutlah rakyat Malaysia banyak belanja beli barang keluaran mereka, sampai untung beratus-ratus juta setahun.

Bila diorang buat sale online, inilah hasilnya.

Kalau dicongak secara kasar, sepeket Milo 2kg berharga RM30. Kalau 27,000kg Milo terjual dalam masa dua jam, ini bermakna jumlah jualan adalah RM405,000 dalam masa 2 jam tersebut.

Ada tak Nestle bantu asnaf-asnaf di Malaysia menerusi program CSR?

Komen

komen





Source link