Artikel Terkini

Raya Prihatin Bersama AKPK – Majalah Labur


Lebaran tahun ini bakal disambut saat negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain tiada bazar Ramadan, tahun ini juga tiada kunjung mengunjung dan rumah terbuka, yang menjadi tradisi masyarakat Malaysia setiap kali menyambut Aidilfirtri.

Perubahan ini sedikit sebanyak tentunya memberi kesan kepada emosi serta persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Justeru, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah membangunkan satu modul pendidikan kewangan dalam talian khas sempena Aidilfitri PKPB, iaitu ‘Raya Prihatin, Maaf Zahir Batin’.

Modul ini memberi panduan kepada masyarakat bagaimana untuk menyambut Aidilfitri cara PKPB dengan penuh rasa syukur dan berhemat.

Antara topik yang terdapat dalam modul khas ini adalah konsep bersederhana dalam menyambut perayaan, teknik merangka bajet hari raya, tip bijak belanja di hari raya, panduan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak serta mencari hikmah di sebalik musibah yang melanda. 

Modul dalam talian ini boleh diakses secara percuma melalui pautan https://bit.ly/3cYNsT atau laman sesawang power.akpk.org.my.

Selain daripada modul pembelajaran dalam talian, AKPK juga menawarkan modul pengurusaan kewangan melalui sesi WEBINAR, iaitu pembelajaran dalam talian dengan bantuan fasilitator AKPK.

Antara modul terkini yang ditawarkan adalah ‘Mengharungi Cabaran’, khusus bagi menangani isu-isu pengurusan kewangan semasa. Organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini boleh membuat pendaftaran di laman sesawang obs.akpk.org.my atau e-mel [email protected].   



Source link