Artikel Terkini

Resepi Racun Rumpai Dari 2 Bahan Dapur, Murah Dan Tak Sampai 3 Jam Mujarab


Dengar ej racun, ramai terfikir akan kandungan kimia. Sebenarnya, banyak racun yang dihasilkan dari sumber-sumber yang selamat dan tidak memudaratkan. Seperti semburan racun yang dikongsikan oleh akaun youtube Green Garden Resources.

Racunnya yang di hasilkan dari bahan dapur ini memang mujarab. Dalam tempoh 3 jam, bancuhan semburan racun rumpai ini sudah menunjukkan tindak balas. Namun, rumpai atau tumbuhan liar ni mengambil masa 3-5 hari untuk mati sepenuhnya. Walaupun lambat, ia tidak memberi kesan terhadap kesihatan terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing yang suka makan rumput.

Bahan-bahan:
250gm Garam Kasar
3 Sudu Cecair Pencuci Pinggan
1 Liter Air

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga larut
2. Masukkan bancuhan tadi kedalam botol penyembur
3. Sembur pada kawasan semak dan berumpai

Untuk tahu lebih lanjut, boleh lihat video yang disediakan



Source link