Artikel Terkini

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran sementara menunggu lebih banyak petanda positif sebelum tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas import China bermula pada 15 Dis, 2019.

Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader Stephen Innes berkata memandangkan keadaan yang semakin tidak menentu dan kemungkinan kelewatan perjanjian perdagangan AS-China, para peniaga cenderung mengurangkan pertaruhan bulis mengambil pendekatan neutral ke atas risiko mata wang ASEAN.

“Berikutan peningkatan risiko ini secara umumnya, pelabur global mungkin cenderung untuk melindungi nilai mata wang ASEAN, termasuk pendedahan ringgit melangkah ke 2020,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Innes menjangkakan prestasi unit tempatan kritikal dalam penilaian melangkah ke 2020, ketika pasaran hampir memasuki Disember, ditambah dengan tiada sebarang venue atau pertemuan bersemuka dipilih bagi rundingan perdagangan AS-China, kemungkinan besar adalah aset risiko tempatan akan goyah dan ringgit menjadi lemah.

Pada pembukaan, ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.8373/8411 daripada paras penutup 3.8412/8469 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding pound Britian kepada 5.3653/3696 daripada 5.3672/3753 dan menokok berbanding euro kepada 4.6013/6054 daripada 4.6116/6188.

Ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0597/0624 daripada 3.0590/0638 pada Jumaat minggu lepas.

— BERNAMA





Source link

Related Posts