Artikel Terkini

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar AS ketika sesi awal dagangan hari ini didorong minat belian sederhana terhadap mata wang tempatan.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan berada pada 4.4300/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata walaupun dolar AS rendah sedikit di peringkat global, namun ringgit masih bergelut dengan keadaan politik yang tidak mudah, turun naik harga minyak mentah serta Perintah Kawalan Pergerakan, yang terus menyukarkan usaha pemulihan ekonomi.

“Selain itu, pelabur bon Malaysia mulai semakin bimbang memandangkan Sekuriti Kerajaan Malaysia berada dalam senarai pemerhatian Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE dan semakan semula interim akan dikeluarkan bulan ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit domestik tinggi berbanding yen kepada 3.9949/0051 daripada 4.0174/0185 ketika ditutup semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7809/7934 daripada 4.7967/8007.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0566/0646 daripada 3.0557/0611 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2181/2312 daripada 5.1689/1703.- BERNAMA





Source link

Related Posts