Artikel Terkini

Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang

81482163435 money - Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang

rumahibs logo black - Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang

81482163442 money - Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi mata wang serantau di pasaran pesat membangun berikutan hubungan Washington dengan Beijing kembali tegang.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.3610/3690 berbanding mata wang negara maju itu, daripada 4.3400/3480 ketika ditutup semalam.

Penganalisis berkata ketegangan baru AS-China itu akan menjejaskan perdagangan antara negara-negara selain situasi semasa akibat wabak COVID-19 mengakibatkan Malaysia dan pasaran pesat membangun lain bergelut dengan ketidaktentuan.

“Malaysia berada dalam kedudukan mudah terjejas sekiranya ketegangan itu berterusan memandangkan ekonomi ini menghadapi impak ketara ketika krisis perdagangan tersebut bermula. Selain itu pandemik global masih berlarutan begitu juga turun naik harga minyak mentah. Semua ini boleh melemahkan lagi ringgit,” katanya.

Bloomberg melaporkan China mengulangi komitmennya untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian perdagangan dengan AS namun COVID-19 mengganggu perkembangan itu sekali gus wujud ketegangan di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

“Kami akan berusaha dengan AS untuk melaksanakan fasa satu ekonomi China-AS dan perjanjian perdagangan.

“China akan terus meningkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan negara lain untuk memberi manfaat bersama,” kata Perdana Menteri China, Li Keqiang pada perhimpunan tahunan para ahli kongresnya di Beijing hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS Donald Trump, menerusi beberapa ciapannya di laman Twitter semalam, mendakwa Presiden China, Xi Jinping merupakan individu di sebalik serangan ‘maklumat palsu dan propaganda’ ke atas AS dan Eropah, mengakibatkan perjanjian perdagangan yang dimeterai pada pertengahan Januari itu berdepan risiko menemui kegagalan.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0638/0698 daripada 3.0650/0713 ketika ditutup semalam, namun susut berbanding yen Jepun kepada 4.0567/0653 daripada 4.0256/0341.

Mata wang tempatan juga tidak berubah berbanding euro pada 4.7562/7667 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3078/3118 daripada 5.3061/3180.

— BERNAMA



rumahibs logo black - Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang

Source link

Related Posts