Artikel Terkini

Ringgit naik berbanding dolar AS dalam sesi awal



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan pemulihan semalaman harga minyak tetapi pelabur berhati-hati dengan kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata penganalisis.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.3470/3550 berbanding dolar AS daripada 4.3540/3600 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pemulihan harga minyak semalaman positif untuk ringgit, tetapi peningkatan terjejas oleh kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0669/0727 daripada 3.0664/0719 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 4.0441/0519 daripada 4.0412/0479 semalam.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.8152/8245 daripada 4.7933/7012 dan turun berbanding pound kepada 5.3564/3667 daripada 5.3363/3454.

— BERNAMA





Source link

Related Posts