Uncategorized

RMK12: Fasa pertama inisiatif Kemakmuran Bersama kerajaan PH



PUTRAJAYA: Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) akan menjadi fasa pertama bagi pelaksanaan inisiatif ‘Kemakmuran Bersama’ Kerajaan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lepas.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, polisi, program dan inisiatif dokumen berkenaan akan berlingkar kepada tiga aspek utama iaitu pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar, dan rekayasa sosial.

“Kita perlu memastikan, faedah daripada pertumbuhan dapat dikongsi dan diedarkan secara adil dan saksama dalam kita berusaha meningkatkan taraf kehidupan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan melalui tayangan video, sempena persidangan Rancangan Malaysia ke-12, di sini hari ini.

Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kini berada di Vienna, Austria sempena Persidangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Dalam perutusan itu, beliau berkata, Malaysia sedar akan cabaran yang bakal dihadapi dalam usaha menuju ke status negara maju, terutamanya kesan daripada ketidaktentuan persekitaran ekonomi global.

Atas sebab itu, Azmin berkata, Kerajaan sedang melihat kepada beberapa langkah bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara, serta pertumbuhan KDNK yang lebih mampan.

“Bagi memastikan pertumbuhan yang lebih pesat, sebanyak RM45 bilion dijangka akan dibelanjakan ke atas 4,000 projek pembangunan tahun ini, dan juga tahun hadapan.

“Bersekali dengan beberapa projek berskala besar, langkah ini akan menjadi pemacu pertumbuhan kita untuk tahun ini dan tahun yang seterusnya,” katanya lagi.

Ketika negara merancakkan lagi kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), Azmin berkata, usaha yang sama harus dipertingkatkan bagi meningkatkan lagi pelaburan domestik.

“E-dagang perlu diberi lebih penekanan sebagai faktor dalam mengukuhkan lagi ekonomi, serta mempromosi pendemokrasian peluang ekonomi,” katanya lagi.





Source link

Related Posts