Artikel Terkini

Rumah Mahal? 5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima


Siapa yang tak nak ada rumah sendiri. Akan tetapi masih ramai yang belum memiliki rumah dan perkara ini ada kena mengena dengan harga rumah yang seakan tidak relevan.

“Rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah
baharu kerana harganya di luar kemampuan kewangan.”

Berdasarkan data,
harga median rumah di Kuala Lumpur yang ditawarkan di pasaran adalah RM793,000 sedangkan harga maksimum
rumah mampu milik di Kuala Lumpur adalah RM454,000.

Di Selangor juga
tidak jauh beza dengan harga median yang ditawarkan adalah RM482,000 sedangkan harga maksimum rumah mampu milik adalah RM375,000.

Baca : 9 Bajet Yang Perlu Disediakan Sebelum dan Selepas Membeli Rumah

Untuk itu, dalam
artikel ini, kami akan kongsikan teknik yang anda boleh praktikkan untuk membeli
rumah dengan kos seminima yang mungkin.

5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

1. Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim ini merupakan
skim pembiayaan hartanah yang dilancarkan pihak Kerajaan pada Bajet 2011 yang lalu dengan fokus membantu rakyat Malaysia memiliki
rumah pertama.

Jumlah pembiayaan
adalah sehingga 110% untuk rumah
jenis undercon mahupun sekunder (subsale).

Anda layak memohon
skim ini sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang ingin membeli rumah
pertama, bekerja sendiri ataupun bekerja di sektor swasta dan tiada rekod
pembiayaan yang terjejas untuk tempoh 1 tahun yang lalu.

Baca : Nak Beli Rumah Pertama? Fahamkan Kos – Kos Yang Kena Bayar

Antara syarat skim
ini adalah :-

  • Harta kediaman undercon atau
    sekunder (subsale) di dalam Malaysia.
  • Nilai maksimum hartanah bawah
    RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (penghuni
    mesti menghuni pada kediaman tersebut dan bukan untuk pelaburan)

Info Lanjut Skim Rumah Pertamaku

2. Panel Bank Oleh Pemaju

Apabila pemaju
hartanah melancarkan projek perumahan terbaru, mereka turut menawarkan panel
bank dari pihak mereka untuk memudahkan pihak pembeli memohon pinjaman
kewangan.

Anda boleh memohon
pinjaman kewangan daripada panel bank pemaju kerana pada kebiasaannya, mereka
menawarkan 100% pembiayaan untuk
projek tersebut.

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Akan tetapi,
bayaran ansuran bulanan berkemungkinan akan lebih tinggi kerana tiada deposit 10% dan pembeli tidak mempunyai banyak
pilihan pakej pinjaman dari pihak bank.

3. Akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)

Masih ramai lagi
rakyat Malaysia yang masih tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh menggunakan
wang di dalam Akaun 2 KWSP anda untuk membeli kediaman pertama anda.

Antara kelebihan
menggunakan Akaun 2 KWSP adalah anda mampu mengurangkan bayaran ansuran bulanan
dan mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Anda juga boleh
gunakannya untuk membuat bayaran 10%
deposit rumah pertama
anda dan syarat kelayakannya adalah sangat mudah.

Info Lanjut Akaun 2 KWSP

4. Diskaun Pemaju

Hari ini, terdapat
banyak pemaju hartanah yang menawarkan diskaun bermula 10% sehingga 30% daripada harga rumah bagi membantu lebih ramai
pembeli memiliki rumah pertama.

Anda jangan
terkejut jika anda juga berkemungkinan besar akan menerima tawaran menarik lain
seperti percuma kos duti setem dan yuran guaman daripada pihak pemaju.

Baca : Isu Pemilikan Rumah dan 4 Garis Panduan Yang Disyorkan Bank Negara Malaysia (BNM)

Apa yang mereka
perlukan daripada anda adalah booking
fee
yang kosnya sekitar 1% daripada harga rumah. Akan tetapi, booking fee
tersebut akan dikembalikan jika pinjaman anda tidak diluluskan.

Kempen Home
Ownership Campaign (HOC) yang dilancarkan Kementerian Perumahan Kerajaan
Tempatan dengan usahasama REHDA adalah platform terbaik yang anda boleh mulakan
untuk membeli rumah dengan diskaun dan tawaran menarik daripada pemaju.

Info Lanjut Home Ownership Campaign (HOC)

5. Refinance

Refinance adalah satu proses membiayai semula pinjaman
anda dan refinance sesuai dilakukan sekiranya anda mempunyai rumah yang dibeli
di bawah harga pasaran.

Misalannya, anda membeli teres 1 tingkat di Gombak di
bawah harga pasaran iaitu RM150,000. Sedangkan
harga pasarannya adalah RM300,000.

Selepas itu, anda memohon refinance pada harga semasa
rumah tersebut iaitu RM300,000 dan anda telah untung RM150,000 hasil daripada refinance.

“Ramai orang buat refinance untuk dapatkan wang segera”.

Akan tetapi, permainan refinance adalah rumit dan
memerlukan ilmu untuk mengelakkan anda terjerumus dalam kesilapan kewangan.

Baca : Nak Refinance Atau Jual?

Trend pasaran hartanah di Malaysia yang lembap menyebabkan
wujudnya pelbagai skim dan program yang membantu anda sebagai pembeli rumah
untuk membeli rumah dengan kos minima.

Semoga semua pembaca mendapat manfaat dan mampu memiliki
rumah pertama menerusi teknik di dalam artikel ini.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link