Artikel Terkini

Saham MAHB merosot susulan peletakan jawatan CEO Kumpulan secara mengejut



KUALA LUMPUR: Saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Bursa Malaysia merosot 22 sen pada rehat tengah hari, susulan peletakan jawatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin, secara mengejut semalam.

Operator lapangan terbang itu dalam kenyataan menyebut Ketua Pegawai Operasi, Mohd Shukrie Mohd Salleh, akan mengisi jawatan itu sebagai Pemangku CEO Kumpulan.

Seorang penganalisis berkata pemergian mengejut Raja Azmi, yang dilantik ke jawatan itu pada 4 Jan tahun lepas, akan mewujudkan ketidaktentuan dalam operasi MAHB dalam tempoh terdekat.

Pada akhir dagangan pagi, saham MAHB merosot 2.91 peratus kepada RM7.34, dengan 2.38 juta saham bertukar tangan.

BACA: Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB

BACA: Raja Azmi dilantik CEO Malaysia Airports

— BERNAMA





Source link

Related Posts