Artikel Terkini

Sasar lebih ramai guna MyPay – Sabri



KUALA LUMPUR: Dapat Vista (M) Sdn. Bhd. menyasarkan seramai mungkin pengguna akan memuat turun dan menggunakan aplikasi pembiayaan dan pembayaran digital dan E-dompet (MyPay) dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sabri Rahman berkata, ini kerana, sejak dilaksanakan enam bulan lalu, sambutan semua pihak amat menggalakkan khususnya dalam membuat pembayaran secara dalam talian.

“Setakat ini, kita menawarkan 30 perkhidmatan antaranya pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, bil utiliti dan zakat.

“Pada masa akan datang, kita akan menambah lagi perkhidmatan lain termasuk permohonan pembiayaan atau pembukaan akaun bank dengan Bank Islam,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir melancarkan aplikasi itu.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Fass Payment Solution Sdn. Bhd., Chris Leong; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Sementara itu, Mohd Muazzam berkata, perkhidmatan itu menyediakan kaedah pembayaran berteraskan teknologi yang fleksibel, mudah dan berkesan.

“Kami giat membentuk sebuah ekosistem yang tidak memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan untuk membuat permohonan terhadap produk dan perbankan.

“Sebaliknya, transaksi dan permohonan dapat disempurnakan secara dalam talian dengan mudah dan lancar dengan adanya MyPay ini,” ujarnya.





Source link

Related Posts