Artikel Terkini

Sejarah Tabung Haji Di Malaysia


Tabung Haji adalah organisasi terpenting dalam urusan penyimpanan wang terutamanya bagi kita yang ingin mengerjakan haji.  Tahukah anda, Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1969?

Sejarah Penubuhan Tabung Haji

Pada ketika itu, Tabung Haji dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), sebelum ditukar namanya kepada Lembaga Tabung Haji pada tahun 1995.

Lembaga Urusan dan Tabung Haji merupakan gabungan di antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (turut dikenali juga dengan PWSBH) yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang ditubuhkan pada tahun 1951.

Pada zaman sebelum wujudnya Tabung Haji, tiada
institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi
menanggung kos perbelanjaan untuk menunaikan haji di Kota Mekah.

Walaupun pada ketika itu sudah wujud beberapa bank di negara ini, namun umat Islam enggan menabung dengan bank konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadat haji.

Ini kerana mereka mahu memastikan hasil tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperolehi nanti adalah haji yang mabrur.

Objektif
Dan Fungsi Tabung Haji Dari Masa Ke Semasa

Tabung Haji ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung
Haji 1995 (Akta 535). Tabung Haji juga merupakan perintis dalam institusi
kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan bertujuan untuk mengerjakan
ibadah Haji.

Mengurus
Kebajikan Jemaah

Lembaga organisasi ini telah diberi tanggungjawab oleh
kerajaan untuk mengurus pelbagai kemudahan demi kebajikan jemaah haji negara
secara teratur dan sistematik.

Melabur Untuk
Tambah Nilai

Di antara pengurusan Tabung Haji adalah melakukan simpanan (deposit) yang terbaik serta halal dengan melakukan aktiviti pelaburan bagi tujuan memberi nilai tambah kepada pengurusan haji dan pembayaran hibah kepada para pendeposit.

Pengurusan Haji
Antarabangsa

Sehingga tahun 2017, Tabung Haji menguruskan deposit
berjumlah melebihi RM73 billion. Perniagaan oleh Tabung Haji tidak hanya
tertumpu kepada pengurusan Haji di dalam negara, malah turut menceburi bidang
pelaburan di luar negara.

Bidang Yang
Pelbagai

Di antara bidang yang diceburi oleh pihak Tabung Haji adalah dalam sektor perladangan di Indonesia, kewangan Islam, teknologi maklumat, hospitaliti, minyak, gas, pembinaan dan pelaburan hartanah di United Kingdom serta Australia.

Kerja Kebajikan
Dan Sumbangan

Pada tahun 2016, Yayasan Tabung Haji pula telah
ditubuhkan untuk melaksana serta memberi bantuan kemanusiaan dan menyumbang
kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Memberi
Biasiswa Dan Pendidikan

Selain itu, ianya ditubuhkan untuk meningkatkat asas
pendidikan serta memberi bantuan biasiswa bagi mereka yang memerlukan di negara
ini. Yayasan Tabung Haji juga memainkan peranan di dalam memberi faedah kepada
rakyat Malaysia khususnya di dalam pendidikan Islam, Perbankan Islam,
Perubatan, serta lain-lain pendidikan termasuk Perundangan Syariah.

Itulah sebabnya Tabung Haji ditubuhkan di Malaysia
serta menggalas segala tanggungjawabnya tahun demi tahun.  Sejarah Tabung Haji diwujudkan di Malaysia
ini perlu diketahui umum supaya sama-sama dapat memastikan segala keperluan dan
kepentingan semua pihak tercapai dengan mudah.

Sumber RujukanAstro Awani

Berminat untuk baca lebih lanjut berkenaan Tabung Haji?



Source link