Uncategorized

Selami perkara penting sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Selami perkara penting sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 1



Selami perkara penting sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2

HARI Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.

Hakikatnya, autisme boleh disifatkan antara masalah yang paling popular berlaku dalam kalangan kanak- kanak zaman ini dan sering menjadi perbahasan serta kajian dalam bidang perubatan dalam mencari jawapan di sebalik punca sebenar, tanda dan gejala yang berlainan, cara merawat dan sebagainya.

Namun, persoalan itu masih belum dapat dirungkai dan adakah kita cukup memahami dan prihatin terhadap golongan autisme ini?

Berikut antara perkara yang anda perlu tahu berkaitan Hari Kesedaran Autisme Sedunia:

5 fakta penting dalam memahami individu autisme:

1) Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menganggarkan satu daripada 68 orang kanak-kanak adalah autisme.

2) Penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan.

3) Autisme mempunyai spektrum yang tersendiri yang dikategorikan dalam tiga peringkat iaitu parah, sederhana dan sangat parah.

4) Punca sebenar sindrom autisme masih belum dikenal pasti, namun faktor yang sering dikaitkan adalah persekitaran, biologi dan genetik.

5) Tiada rawatan yang sebenar dalam mengubati sidrom ini tetapi salah satu rawatan yang diusahakan ialah melalui terapi Applied Behavior Analysis (ABA). 

5 mitos yang sering menjadi tanggapan terhadap individu autisme:

1) Penghidap autisme disifatkan sebagai agresif.

2) Autisme berpunca daripada kemahiran keibubapaan yang tidak baik.

3) Vaksinasi antara salah satu punca yang menyebabkan sindrom autisme.

4) Individu yang menghidap autisme tidak mampu menunjukkan kasih sayang.

5) Penghidap autisme tidak memerlukan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

Kesedaran terhadap autisme ini turut dikongsikan ahli keluarga yang memiliki penghidap autisme dalam kalangan keluarga mereka di laman Instagram Zarina Zainuddin dan Adam Autism Family.





Source link