Artikel Terkini

Selesa, selera, seronok! Ini tarikan istimewa hujung tahun di Pullman KLCC


HASRAT berbelanja dan berhibur di radius paling happening ibu negara – Bukit Bintang – tentunya dimanjakan dengan pilihan.

Dikelilingi gedung beli-belah mega seperti Pavilion, Fahrenheit 88, Starhill Gallery, Isetan Kuala Lumpur serta banyak lagi hentian gaya hidup, menjanjikan kunjungan yang lebih dari sekadar rasa puas.

Keinginan bergejolak untuk menikmati keseronokan di tengah kota yang penuh elemen kehidupan itu juga, pastinya bersatu dengan hajat untuk mengecapi layanan selesa dalam momen damai.

Di situlah datangnya pilihan untuk bertandang ke Pullman KLCC. Kehadiran sebagai tetamu adalah jawapan yang sempurna untuk melunaskan kedua-duanya.

Terletak di Jalan Conlay – satu alamat mewah di tengah-tengah kerancakan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur – ia satu persinggahan yang menawarkan pilihan penginapan berservis dan bilik hotel sentuhan mewah dan berseni.

Aura sambutan kontemporari sungguh terasa sejurus tetamu Pullman KLCC melangkah masuk ke ruang lobi. - Foto: Pullman KLCC

Kamar idaman

Keselesaan, gaya pintar, prestasi tinggi dan keseronokan. Itulah yang dapat dirumuskan jika bermalam di mana-mana bilik penginapan yang sudah mendapat sentuhan renovasi baharu, lengkap dengan rekaan terkini.

Pullman memahami keperluan pengembara global yang mengejar detik rehat selepas sibuk bekerja, dan pastinya dapat ditemui dalam pilihan 11 jenis kamar inap.

Junior Suite luas yang menawarkan pemandangan panorama urban. - Foto: Pullman KLCC
  Pelbagai jenis gaya penginapan yang setiap satunya disertai aspek keselesaan dan kemudahan terkini. - Foto: Pullman KLCC

Carilah ketenangan nyata daripada empat pilihan – Deluxe Room, Grand Deluxe, Premium Deluxe dan Grand Premium Deluxe, ataupun di Executive Club Room di aras tertinggi.

Mungkin juga memilih  kemewahan bernilai tambah dari seleksi tiga jenis kamar Suite (Executive, Junior dan Presidential), hinggalah kepada penginapan residensi dengan pilihan satu atau dua bilik tidur.

Tidak ketinggalan, untuk tujuan kerja dan santai dalam aura kontemporari tinggi, Executive Club Lounge membuka akses buat penginap di Club Floor dan Suite.

Dalam sebuah ruang sosial yang dicipta khusus untuk hospitaliti peribadi, nikmati sarapan ala carte mengikut pesanan, hidangan signature sepanjang hari, daftar masuk/keluar yang khusus, dan penggunaan bilik mesyuarat percuma sejam sehari, antara lainnya.

Setiap unit penginapan dilengkapi fasiliti tambahan yang mengiringi aspek selesa, selamat dan seronok. Ditambah dengan kemasan seni hiasan dalaman kontemporari dalam kelas tersendiri, pengalaman bermalam di Pullman KLCC suatu yang berbaloi dengan kadar harganya.

Executive Club Lounge yang eksklusif buat penginap di Club Floor dan kamar Suite. - Foto: Pullman KLCC

Panggilan gastronomi

Selera yang tidak terbendung saat hidangan lazat terbayang di fikiran, kunjungi saja mana-mana enam buah restoran dan bar dengan rangkaian menu bervariasi.

Setiap satunya menyambut pengunjung untuk memuaskan tunas rasa berbeza.

Jika keunggulan menu warisan Malaysia dan antarabangsa terlintas di fikiran, susunlah langkah ke Sedap Restaurant yang membuka pintunya seawal 6 pagi hingga tengah malam.

Di situ juga boleh disaksikan pelbagai aksi hangat secara langsung dari dapur ‘berapi’ Asia hingga ke etika hidangan gaya Eropah.

Sedap Restaurant menyambut pengunjung dengan bufet istimewa sempena Krismas dan tahun baharu. - Foto: Pullman KLCC
  (Dari atas, kiri, ikut arah jam): Red Chinese Cuisine, restoran Jepun Enju, Terrace Poolside Bar & Grill  dan Blu Bar. - Foto: Pullman KLCC

Jika pengunjung memikirkan tentang makanan laut segar, dim sum dan banyak lagi hidangan tradisi oriental, Red Chinese Cuisine adalah tempatnya. 

Dan jika mengidamkan kepakaran kulinari Negara Matahari Terbit, Enju wajib dituju untuk sushi dan sashimi enak.

Bagi pengembara bisnes, Blu Bar adalah lokasi tepat untuk minuman kegemaran dan seleksi tapas. Terrace Poolside Bar & Grill pula menawarkan ruang santai terbuka di pinggir kolam renang dengan pilihan smoothie, jus segar, snek dan sandwic.

Sementara itu, bagi penginap hotel yang memiliki akses ke ruang kelab eksklusif Living Space, itu adalah lokasi mula setiap pagi yang menyajikan sarapan Kontinental, snek artisan selain kopi atau teh terpilih!

Promosi bufet istimewa!

Khas sempena menjelang Krismas dan sambutan tahun baharu 2020, ada sesuatu yang lebih menarik ditawarkan.

Raikan musim berkongsi kebahagiaan dengan keluarga dan rakan taulan untuk menikmati pelbagai hidangan menyelerakan menerusi Bufet Krismas Sedap Restaurant:

Krismas 2019

  • 24 Disember 2019 – Christmas Eve Buffet (6:30 petang hingga 10:30 malam)
    RM178+ seorang (bufet dengan pilihan jus dan minuman ringan ‘free-flow’)
     
  • 25 Disember 2019 – Christmas Buffet (12 tengah hari hingga 3 petang)
    RM138+ seorang (bufet dengan pilihan jus dan minuman ringan ‘free-flow’)
     
  • 25 Disember 2019 – Christmas Buffet (6:30 petang hingga 10:30 malam)
    RM158+ seorang (bufet dengan pilihan jus dan minuman ringan ‘free-flow’)

Tahun Baharu 2020

  • 31 Disember 2019 – New Year’s Eve Buffet (6:30 petang hingga 10:30 malam)
    RM178+ seorang (bufet dengan pilihan jus dan minuman ringan ‘free-flow’) + 1 baucar minuman Blu Bar)
     
  • 1 Januari 2020 – New Year Buffet (12 tengah hari hingga 3 petang)
    RM138+ seorang (bufet dengan pilihan jus dan minuman ringan ‘free-flow’)
     

 Promosi istimewa sempena Krismas dan tahun baharu untuk memenuhi keinginan selera pengunjung. - Foto: Pullman KLCC

Seminar dan keraian

Berbicara tentang perincian acara, Pullman KLCC juga mengambil berat soal keperluan majlis mesyuarat, persidangan dan keraian sosial seperti perkahwinan.

Dilengkapi teknologi terkini dalam kemudahan audio-visual, serta diiringi pakej yang mesra objektif pertemuan, keputusan untuk menempah mana-mana ruang acara menjadi lebih mudah.

Terpulang kepada tertib susunan yang dikehendaki – kelas, teater, bankuet mahupun resepsi – semua itu ditawarkan dari pilihan bilik mesyuarat hinggalah ke Grand Ballroom; dari keluasan 18 hingga 577 meter persegi; dan dari menampung keselesaan lapan orang hinggalah 800 kesemuanya!

Setelah diberi sentuhan renovasi yang lebih terfokus dan bercitarasa state-of-the-art, setiap ruang yang digunakan sangat membantu dalam mencapai objektif korporat seterusnya menjadikan pertemuan itu suatu rendezvous yang bernilai.

 Sama ada mesyuarat kecil, seminar mahupun keraian berskala besar, ruang acara di Pullman KLCC sedia ditempah. - Foto: Pullman KLCC

Tidak mahu pulang!

Sempurnakan pengalaman menginap di Pullman KLCC lebih daripada sekadar yang disediakan di kamar inap mahupun di rangkaian restorannya.

Jangan lupa untuk meneroka oasis di aras 10, yang menyambut anda dengan ruang taman hijau yang relaks, selain kolam renang, pusat kecergasan Fit Lounge, dan tentunya The Zone, ruangan khas untuk anak-anak bergembira.

Tidak lupa juga dewan acara serba baharu, yang mempertembungkan seni reka moden dengan kemudahan sokongan mengikut trend elegan antarabangsa.

Ternyatalah, sama ada untuk tujuan bisnes mahupun santai, Pullman KLCC yang terletak di jantung Kuala Lumpur, memudahkan langkah tetamunya untuk ke lokasi sekitar yang penuh dengan aksi warga metropolitan.

Seperti tidak mahu pulang jika sudah ke sini, sesungguhnya Pullman KLCC adalah titik seimbang antara istirahat selesa dan gaya hidup bertenaga!

Pengalaman penginapan lebih lengkap dengan menikmati detik santai di ruang sosial khas seperti Living Space, oasis di aras 10 dan pusat kecergasan. - Foto: Pullman KLCC
Penginapan yang meletakkan aspek hospitaliti ke aras yang lebih tinggi. - Pullman KLCC

PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTRE

Alamat: Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
Telefon: +603 2170 8888
Faks: +603 2170 8999
E-Mel: enquiry@pullman-klcc.com
Laman Web: https://www.pullman-kualalumpur-citycentre.com/
Facebook: Pullman Kuala Lumpur City Centre
Instagram: @pullmanklcc





Source link