Artikel Terkini

Shopee Dan KPLB Memperkasakan Ribuan Peniaga Luar Bandar Untuk Berniaga Atas Talian


KUALA LUMPUR, 28 November 2019
Nilai bersih sektor e-dagang ASEAN dijangkakan mencecah US$153 bilion pada
tahun 2025[1]. Sehingga kini, Shopee bekerjasama rapat dengan pihak
Kerajaan untuk mempersiapsiagakan peniaga tempatan dengan kemahiran, ilmu dan
peluang untuk memasarkan produk mereka atas talian. Bulan lepas, Shopee telah
menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Elokal, pembolehdaya yang
dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan usahawan
luar bandar tidak ketinggalan. Kedai rasmi Desamall@KPLB telah dilancarkan,
mengenengahkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung
dan banyak lagi.

Meneruskan kejayaan tersebut, pihak Kementerian melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee. Dikenali sebagai Desaauto@KPLB, inisiatif tersebut dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar yang mengilang dan mengedar produk automotif seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin. Ini memberi mereka peluang untuk menjangkau pelanggan berpotensi baharu seluruh negara dan rantau melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee, Platform Antarabangsa Shopee. Sebagai pemulaan, 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut.

“Sekitar 24%
daripada populasi Malaysia menginap di kawasan luar bandar, dan fokus utama
Kementerian saya adalah untuk memajukan infrastruktur, kedudukan ekonomi dan
pendapatan penduduk luar bandar. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi kawasan
luar bandar. Desamall@KPLB dan Desaauto@KPLB di Shopee adalah antara dua
inisiatif KPLB yang akan memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan
dalam arus permodenan terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Sasaran
kami untuk tahun 2020 adalah untuk mempersiapkan 5,000 usahawan luar bandar
baharu. Kami telah menyediakan kerja dasar untuk mereka dan dengan perancangan
yang menarik ini, kami yakin yang kita akan berjaya mencapai sasaran kita.
Tanggungjawab seterusnya adalah atas bahu warga luar bandar untuk mengambil
langkah ke hadapan dan menggunakan peluang yang disediakan ini sepenuhnya,”
ucap Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB
Datuk Seri Rina Mohd Harun
yang merasmikan pelancaran kedai rasmi
Desaauto@KPLB di Shopee, di W Kuala Lumpur.

Shopee 12.12
Birthday Sale
yang Hebat Buat Semua

Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena dengan pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember. Shopee akan mengadakan acara hiburan dan promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi, termasuk tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch.

Eksklusif Hanya Untuk Pengguna Shopee

SUV premium PROTON
yang pertama, Proton X70 kini tiba di Shopee. Kunjungi kedai rasmi Proton di
Shopee dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk menikmati bayaran tempahan
serendah RM99.00. Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton
X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee
berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari
PROTON.

Tawaran dan diskaun
eksklusif dari Mydin, Petronas, AEON BiG, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries,
Bridgestone Bicycle, Xixili, SimplySiti by Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit
by Amy Search, C’ by Jane Chuck, White Fluffy by Janna Nick, Pureen, Bum
Equipment dan banyak lagi menambah kepada kehebatan sambutan 12.12 Birthday Sale. Jenama-jenama ini
boleh didapati hanya di Shopee pada 12.12
Birthday Sale
ini!

Dalam pada sambutan
ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi
telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah
melalui ciri baharu Reloads, Vouchers,
and Bills
yang terdapat di aplikasi Shopee. Para pengguna juga berpeluang
untuk mendapatkan pulangan tunai Shopee
coins sebanyak 10% semasa membayar
bil mereka di Shopee. Pada 12 Disember sahaja, pulangan tunai dinaikkan kepada
12%. Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee coins sekali sahaja bagi tempoh kempen.

Tahun ini merupakan
tahun yang amat bermakna bagi platform e-dagang nombor 1 Malaysia dengan
tercapainya pelbagai peristiwa penting. “Kami mahu mengakhiri tahun 2019
dengan sambutan bermakna yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Pelancaran Desaauto@KPLB meneruskan usaha kami untuk memperkasakan dan memberi
kebolehan kepada usahawan tempatan, dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
mereka untuk berkembang maju dan berjaya atas talian. Ini termasuk bengkel
percuma kami bagi para penjual, Shopee
University
yang membimbing mereka mengenai cara-cara untuk mengoptimumkan
perniagaan mereka secara atas talian sambil kami mengurus dan menyetempatkan
kempen jualan untuk meningkatkan prestasi jualan usahawan-usahawan
Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah
Urusan Serantau, Shopee
.

Lebih
Banyak Tawaran Hebat, Sukar Dilepaskan

  • Dimsum – Servis langganan video
    atas permintaan melancarkan ciri Watch
    & Shop
    di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan
    barang yang ditayangkan di drama atau filem, di Shopee. Dari 5 hingga 15 Disember,
    gunakan DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan mininum
    sebanyak RM35 melalui ciri ini. Tawaran eksklusif untuk pengguna baharu Shopee
    sahaja.
  • Standard Chartered, RHB, CIMB
    Bank, HSBC, UOB – Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah
    di Shopee pada 12.12 Birthday Sale
    ini.
  • Visa – Menangi hadiah sebanyak
    RM300,000. 
  • The Alley – Tempah The Alley X
    Shopee Smoothie eksklusif, dan nikmati dua (2) cawan Brown Sugar Creme Brulee
    Milk dengan hanya RM22.
  • Pizza Hut – Dapatkan satu (1)
    pizza regular pada RM9.99 pada 12
    Disember sahaja.
  • Sushi King – Nikmati satu (1)
    California Temaki pada RM1.20.
  • Baskin Robbins – Beli satu (1) dan
    dapatkan satu (1) Chocolate Blast Beverage percuma.
  • Dunkin’ Donuts – Nikmati sebiji
    donut pada RM1.20; beli satu (1) dapatkan satu (1) kopi percuma.
  • KFC – Beli satu (1) percuma satu
    (1) untuk produk terpilih.
  • FPX – 5,000 baucar bakal dinikmati
    bagi 2,500 pembeli pertama melebihi RM100 pada 28 dan 29 November.

Ho mengulas, “Shopee 12.12 Birthday Sale ini juga direka
sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna atas sokongan luar biasa mereka
dengan tawaran terhebat pada akhir tahun. Kami telah melancarkan semua tawaran
ini dan ganjaran eksklusif supaya rakyat Malaysia dapat turut serta bersama kami
dalam sambutan ini dan menamatkan tahun ini dengan baik. Pelbagai tawaran
menarik diadakan pada 12.12 Birthday Sale
ini dan kami berharap ia akan membantu anda dalam persediaan menjelang tahun
baru.”

Untuk menikmati tawaran ulang tahun kelahiran Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini, layari http://shopee.com.my/1212

Mengenai Shopee

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.


[1] Google-Temasek-Bain e-Conomy SEA 2019

Komen

komen





Source link