Artikel Terkini

Shopee: Kepercayaan Pengguna Pada e-Dagang Meningkat


Tahun 2020 telah menyaksikan kemajuan besar bagi e-dagang kerana rakyat Malaysia didorong mengutamakan perbelanjaan atas talian untuk pembelian barangan berjenama dan premium. Melihat kepada tabiat membeli-belah mereka dan bertentangan dengan anggapan bahawa perbelanjaan pengguna telah berkurang, Shopee mendapati bahawa permintaan meningkat bagi semua kategori di platformnya, dengan perubahan yang paling ketara direkodkan untuk jenama dan peruncit di segmen pertengahan dan atasan.

Kepercayaan bertambah untuk pembelian atas talian yang lebih besar dan bagi barangan berjenama

Selain barangan keperluan peribadi dan peralatan rumah, Shopee telah menyaksikan keyakinan dan keselesaan yang semakin meningkat dalam pembelian barangan premium dan berjenama berharga RM3,000 ke atas di platformnya. Perubahan ini dicerminkan dalam barangan yang dicari dan dibeli oleh pengguna di platform ini. Dalam beberapa bulan ini, kata carian paling popular di Shopee ialah iphone, laptop, washing machine dan smart TV manakala barangan terlaris termasuk Apple MacBook Pro, Bosch Built-in Dishwasher dan Delonghi Coffee Machine. Perubahan ini didorong oleh jaminan ketulenan 100% di Shopee Mall.

Penggunaan digital dipercepatkan di kawasan luar bandar Malaysia

Infrastruktur dan penggunaan digital sentiasa berkembang dengan stabil di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Sarawak, Sabah dan Labuan. Namun, Shopee mendapati bahawa penggunaan dan kebiasaan dengan e-dagang meningkat secara ketara di pinggir bandar negeri-negeri ini pada tahun 2020. Di saat e-dagang menyelesaikan cabaran berterusan berkenaan akses terhad kepada barangan pengguna di luar Lembah Klang, Shopee juga mendapati bahawa permintaan untuk segmen premium dan berjenama melonjak sebanyak lebih 300 kali ganda sejak tahun 2015. Pembeli luar bandar juga dilihat semakin selesa dengan keseluruhan ekosistem digital kerana ramai yang telah beralih daripada menggunakan kaedah pembayaran luar talian kepada ShopeePay untuk melakukan pembayaran mereka.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Permintaan telah bertambah untuk e-dagang pada tahun 2020 dan kami melihat peningkatan yang selari bagi tahap kepercayaan dan keselesaan orang ramai dalam membeli-belah atas talian. Perkembangan ini menandakan tahap baharu bagi industri e-dagang. Dengan bekerjasama rapat dengan jenama dan peruncit untuk mencapai pertumbuhan, kami dapat melihat banyak kempen yang berjaya yang dijalankan untuk rakan kongsi kami. Jenama-jenama yang dipercayai seperti Samsung telah memecahkan rekod pada tahun 2020, mencatatkan hingga RM46,000 dalam satu transaksi, antara banyak pencapaian lain.”

Shopee lancarkan 10.10 Brands Festival, membolehkan peruncit meneroka peluang digital

2020 juga telah memacu jenama dan peruncit yang beroperasi melalui kedai fizikal termasuk Billion, Al-Ikhsan, Eco Shop, Machines, ADIDAS dan Muji untuk meneroka model operasi hibrid menerusi e-dagang. Dengan ekosistem e-dagang bersepadu Shopee seperti rangkaian logistik yang luas, alat pemasaran dan kerjasama bersama agensi media, jenama dan peruncit dapat menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah dan menyeronokkan. Selain menyokong mereka dalam proses digitalisasi, Shopee terus kekal dalam komitmennya untuk membantu mereka dalam menskalakan perniagaan dan memperoleh kecemerlangan atas talian dengan acara membeli-belah tahunannya, Shopee 10.10 Brands Festival.

Ho menambah, “Kami berasa teruja melihat bilangan jenama tempatan dan antarabangsa yang semakin bertambah di platform kami; ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai tempat dalam ekonomi digital. Shopee sebagai pemboleh bagi transaksi e-dagang untuk jenama, peruncit dan peniaga akan terus memberi sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang dalam persekitaran perniagaan yang kian memulih namun kompetitif. Shopee 10.10 Brands Festival tahunan kami akan berfungsi sebagai batu loncatan bagi mereka untuk membina hubungan dengan pembeli.”

Berlangsung dari 25 September hingga 10 Oktober, sebagai acara membeli-belah atas talian yang terbesar untuk jenama dalam rantau ini, Shopee 10.10 Brands Festival akan memberi kejutan kepada pengguna dengan penjimatan yang lebih besar. Mereka dapat menikmati tawaran RM10 eksklusif, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan memilih pelbagai pilihan produk 100% tulen daripada jenama kegemaran melalui portal dalam aplikasi, Million Dollar Brands Discounts. Pada 10 Oktober, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma RM10 di seluruh platform serta tawaran diskaun hebat hingga 70% dari 12 tengah malam hingga 2 pagi. Para pengguna berpeluang memenangi hadiah, baucar dan Syiling Shopee bernilai hingga RM1,000,000 apabila mereka bermain permainan Shopee seperti Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut mengenai 10.10 Brands Festival di https://shopee.com.my/m/1010-festival.

Iklan


Iklan



Source link