Uncategorized

Siapa Pemilik Sebenar Gula Prai?


MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), adalah pengeluar utama gula di Malaysia. MSM mengawal 60% pasaran manakala selebihnya dikawal CSR (milik Tradewinds Corp Bhd – dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary)

MSM mengeluarkan gula bertapis putih pelbagai saiz sehingga gula perang halus yang dijual dalam pelbagai bentuk pilihan pembungkusan di bawah jenama Gula Prai. Dah lebih setengah abad jenama ni dekat pasaran.

Siapa pemilik sebenar Gula Prai? Jawapannya FGV.

Sumber gambar dari Facebook

Ada yang kata…

“Dia tulis member of FGV. Dia tak cakap pun pemilik..”

“Dia tulis hanya member of FGV, maksud dia hanya pemegang saham je, bukan owner la kan?”

OMG.

Sebelum tu, MSM Prai Berhad tu anak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad ya.

Ok, dulu pemegang saham terbesar MSM dimiliki oleh  PPB Group Bhd, syarikat yang dikuasai Tan Sri Robert Kuok. Pada Oktober 2009, PPB Group melupuskan keseluruhan 36.36 juta saham bernilai RM1 setiap satu kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), sebuah syarikat milik penuh Felda.

MSM tersenarai sebagai saham patuh shariah di pasaran saham Bursa Malaysia. Jika rujuk laman web BursaMarketPlace, pecahan pegangan saham MSM sehingga hari ini:

51% – Felda Global Ventures Sdn. Bhd. (FGV)
15% – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
13% – Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6% – Employees Profident Fund Board (EPF)

Jadi, dah jelas status pemilikan Gula Prai? Sesungguhnya ilmu itu adalah senjata paling power.

Kalau korang nak jadi dari sebahagian dari pemilik Gula Prai pun boleh sebab dia tersenarai di Bursa Malaysia. Nak beli saham MSM, baru RM1.19. Minima kena beli 100 unit, maka RM1.19 x 100 = lebih murah dari harga iPhone.

Tapi baru-baru ni ada khabar angin kata syarikat Robert Kuok, Wilmar International Ltd berminat nak beli semula saham MSM.

Rujuk: FGV, MSM shares jump on news of a potential stake sale

Komen

komen





Source link