Artikel Terkini

Skandal ‘Cuci Duit’ Yang Melibatkan HSBC


Sebenarnya kes urus pusaka akan menjadi sangat mudah apabila semua waris bersepakat dan membuat keputusan secara bersama-sama. Dan apabila satu kata sepakat boleh dibuat oleh semua waris, pengagihan mengikut faraid tidak perlu dilaksanakan pun.

Ini kerana kata muafakat yang telah dipersetujui oleh semua waris yang memudahkan urusan semua pihak.

Tapi masalah akan timbul hanya bila ada seorang sahaja waris yang tak bermuafakat. Maka akhirnya terpaksalah diagihkan harta mengikut bahagian faraid masing-masing.

Abang Tak Mahu Muafakat

Sebagai
contoh, seorang ayah meninggal dunia, waris pusakanya adalah 3 orang anak
lelaki dan 2 orang anak perempuan. Si ibu telah 10 tahun meninggal dunia.

Arwah hanya
meninggalkan sebuah rumah di kampung dan sejumlah wang dalam beberapa akaun
simpanan.

Semua adik-beradik sepakat untuk memberikan rumah dan tanah di kampung kepada adik bongsu mereka, kerana dialah yang menjaga arwah ayah di saat akhir hayatnya.

Lagipun,
keempat-empat abang dan kakak semua tinggal di bandar. Memang jarang balik
kampung pun.

Tetapi, abang yang sulung tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Dia tetap mahukan semua harta pusaka ayah dibahagikan mengikut hukum faraid.

Jadi
bagaimanakah sepatutnya pembahagian harta pusaka arwah?

Adakah masih
perlu ikut faraid kalau waris lain dah ada kata sepakat cara untuk membahagikan
harta tersebut?

Kaedah Umum

Secara dasarnya, apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkannya menjadi harta pusaka. Sebelum diagih-agihkan, harta pusaka arwah mesti digunakan untuk menyelesaikan urusan arwah dulu.

Contohnya seperti, kos pengurusan jenazah dan membayar semua hutang arwah sekiranya ada. Dan selepas itu, barulah diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid, kecuali dalam beberapa keadaan.  

1. Wasiat

Jika arwah ada membuat wasiat, laksanakan dulu wasiat tersebut. Seperti wasiat sedekah kepada masjid dan sebagainya.

Baki harta selepas wasiat dilaksanakan barulah diagihkan kepada waris.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

2. Hibah

Sekiranya
semasa hayat arwah, ada menyatakan hasratnya untuk memberikan sekian-sekian
harta kepada sesiapa sahaja selepas kematiannya, maka itupun perlu
dilaksanakan.

Tetapi perlu
diingat, sekiranya arwah hanya menyatakan hasrat untuk hibah hartanya dengan mulut
sahaja, tanpa ada dokumen hitam putih, maka dengan mudah dicabar oleh
warisnya. 

Oleh itu
pastikan setiap hasrat dan perancangan harta kita semasa di dunia ini
didokumentasikan dengan terperinci.

3. Permuafakatan Di Antara Waris

Ini adalah
jalan penyelesaian yang lebih baik. Sekiranya SEMUA waris bersetuju dan
bersepakat, maka pengagihan pusaka tersebut boleh dilaksanakan. Tetapi jika ada
seorang sahaja waris yang tidak bersetuju, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

Berbalik
kepada masalah pengagihan pusaka tadi, walaupun majoiriti waris berhasrat untuk
memberikan bahagian faraid mereka kepada adik bongsu mereka, tetapi apabila
abang sulung tidak bersetuju maka ianya (pengagihah mengikut muafakat waris)
tidak boleh dilaksanakan.

Oleh itu
pembahagian faraid adik beradik ini adalah seperti berikut.

  • 3 anak lelaki x 2 bahagian seorang = 6 bahagian
  • 2 anak perempuan x 1 bahagian = 2 bahagian
  • Jumlah Bahagian = 8 Bahagian

Bahagian
faraid abang sulung adalah 2/8 ataupun ¼.

Andaikanlah
rumah tersebut dinilaikan berharga RM100,000. Maka bahagian abang sulung ¼
adalah RM25,000.

Oleh itu,
bagi memenuhi tuntutan si abang yang mahukan bahagian faraidnya, maka
terpaksalah si adik bongsu membayar RM25,000 sebagai pampasan kepada abangnya
jika dia mahu juga rumah pusaka tersebut.

Jika si adik
tidak mempunyai wang tunai, maka akhirnya terpaksalah dijual rumah tersebut dan
dibahagi-bahagikan kepada semua adik beradik mengikut faraid.

Walaubagaimanapun,
sebenarnya ada cara lain supaya rumah tersebut tidak perlu dijual, abang sulung
mendapat bahagiannya dan si adik dapat duduk rumah pusaka bapanya.

Semasa
perbincangan antara waris mengenai pengagihan harta pusaka, cuba dapatkan
bantuan kaunselor pusaka, sebagai orang tengah.

Mereka
adalah orang yang tidak mempunyai kepentingan dalam harta pusaka tersebut. Jadi
tiada isu kalau meraka akan cenderung kepada mana-mana waris.

Kebiasaannya
kaunselor akan cuba menasihati waris supaya memahami konsep harta pusaka yang
sebenar dan juga konsep hukum faraid yang sering disalahertikan.

Hanya sekadar nak dapatkan hak tapi taknak bertanggungjawab. Apa yang dicapai dalam perbincangan tersebut adalah “win-win situation”.

Kesimpulan

Harta pusaka
yang melibatkan hartanah adalah harta yang susah nak diuruskan dan agak
sensitif untuk dibicarakan.

Kerana nilai hartanah yang tinggi, seringkali waris sukar untuk bersepakat dalam membahagikan bahagian masing-masing. Akhirnya, seringkali juga rumah-rumah pusaka ini terpaksa dijual untuk waris mendapatkan wang tunai.

Oleh itu, semasa
masih hidup rancanglah harta agar dapat memudahkan urusan waris selepas kita
meninggal dunia kelak.

Khususnya harta yang dalam bentuk rumah, lebih baik sekiranya kita hibahkan terus kepada waris.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang perunding harta pusaka di bawah Syarikat Pusaka KUDS Sdn Bhd. Selain aktif menulis perkongsian mengenai urus pusaka di Facebook, beliau kadangkala menerima jemputan untuk memberikan ceramah umum berkaitan urus harta pusaka.

Iklan


Iklan



Source link