Artikel Terkini

Skim Rent-To-Own 2020 Mampu Membantu Rakyat Untuk Memiliki Rumah Pertama.


Wahai bakal pemilik rumah! Berita baik telah melanda anda kerana Belanjawan 2020 telah mengumumkan kerjasama bersama institut-institut kewangan untuk melancarkan skim untuk membantu rakyat Malaysia dalam pembelian rumah pertama.

Program sewa-milik kediaman (“Rent-to-own”) (RTO) ini memberi bantuan kewangan untuk mereka yang tidak mampu mengumpul 10% deposit rumah.

Bajet sebanyak RM10 Bilion akan disediakan oleh institut kewangan dengan jaminan kerajaan sebanyak 30% atau RM3 Bilion.

Skim ini layak untuk pembelian rumah pertama dengan hartanah bernilai RM500,000 ke bawah. 

Skim ini membenarkan rakyat menyewa menyewa rumah selama tempoh 5 tahun seperti yang dipersetujui bersama pemilik rumah.

Penyewa kemudiannya akan diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Ini merupakan langkah untuk mengurangkan jumlah unit kondominium dan pangsapuri tidak terjual di pasaran yang berniali sebanayak RM8.3 Bilion pada suku kedua tahun 2019.

Jumlah ini disasarkan untuk mengurangkan harga hartanah tersebut dari RM1 juta ke RM600,000 pada tahun 2020. 

Pihak kerajaan akan turut membuat pengecualian duti setem semasa pemindahan milik antara institut kewangan dan pembeli dalam transaksi tersebut. 

Bukan setakat itu, program ini juga memberi jaminan 10% pinjaman melalui Cagamas bersertakan bantuan sebanyak RM200 untuk bayaran bulanan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10,000 unit rumah. 

Berikut merupakan skim-skim yang ditawarkan:

Related image

Credit: Maukerja.my

PR1MA Rent To Own Programme

Skim ini ditawarkan oleh projek perumahan PR1MA untuk pembeli rumah yang gagal mendapatkan kelulusan pinjaman daripada pihak bank.

Anda boleh mengunjungi laman web PR1MA untuk membuat anggaran bayaran dan komitmen bulanan dengan kemudahan kalkulator online “Rent To Own Monthly Payment Estimator”. 

Cuma masukkan harga rumah PR1MA yang anda minat dan kalkulator tersebut akan memberi anggaran bayaran bulanan untuk tahun pertama ke tahun ke-10.

Image result for Program HouzKEY - Maybank

Credit: Simedarbyproperty.com

Program HouzKEY – Maybank 

HouzKey disasarkan ke rakyat berusia 25 – 34 tahun dan membenarkan bakal pembeli menjadi pemilik rumah melalui deposit sewa 3 bulan sahaja!

Pemohon HouzKey boleh mendapat status kelulusan dalam tempoh 24 jam dituruti pembayaran deposit dalam tempoh 7 hari seterusnya sebelum berpindah masuk ke kediaman mereka. 

Penyewa kemudian mempunyai pilihan untuk membeli rumah mereka selepas 12 bulan sewa dengan harga dipersetujui semasa menandatangani perjanjian penyewaaan tersebut. 

Maybank merupakan institusi kewangan pertama di Malaysia yang menawarkan skim sewa-milik kediaman melalui kerjasama Maybank Islamik dan sebanyak 12 syarikat pemaju seperti SP Setia, EcoWorld, Mah Sing Group, Gamuda Land, Sime Darby Property dan lain lain. 

Image result for Platform Lease Option - Wonderlist Property Sdn. Bhd.

Credit: Wonderlist.property

Platform Lease Option – Wonderlist Property Sdn. Bhd.

Wonderlist Property Sdn. Bhd. menawarkan Program Sewa Beli Kediaman dengan “Platform Lease Option” sebagai alternatif pembiayaan pembelian rumah untuk golongan yang tidak mampu mengumpul wang yang banyak untuk deposit perumahan. 

Bakal pemilik rumah diberi kemudahan untuk menyewa rumah selama tempoh 3-5 tahun sebelum membuat pilihan untuk membeli kediaman tersebut.

Skim ini membenarkan pengguna untuk memilik rumah tanpa kelulusan pinjaman bank atau perlu membayar deposit 10%.

Anda boleh melayari Laman Web Wonderlist untuk membuat pilihan rumah dan membuat tawaran rumah dalam hanya 4 langkah sahaja.

Anda juga layak mendapat baucar diskaun selepas mendaftar dan juga ganjaran tunai jika anda merujuk servis Wonderlist kepada rakan anda.

Skim-skim ini mampu menyelesaikan penghalang utama dalam proses pemilikan rumah iaitu masalah pembiayaan deposit rumah dan pinjaman perumahan tidak diluluskan oleh pihak bank.

Biasanya, pembeli perlu memastikan mereka mempunyai wang sebanyak 10% dari harga rumah untuk membayar deposit.

Perkara ini amat sukar bagi kebanyakan pembeli disebabkan komitmen kewangan lain seperti pinjaman pendidikan atau kereta.

Skim ini juga dapat membantu golongan muda dalam membeli rumah pertama mereka. 

Masih mencari rumah idaman anda? Layarilah https://www.hihomes.my/ untuk mencari rumah bersesuaian dengan keperluan anda.

Artikel Banner 01





Source link