Artikel Terkini

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi


Strawberry tanah rendah memang tak rasa sama dengan yang ditanam kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland. Namun ia tidak lah mustahil. Selain pembiakan melalui anak pokok, strawberry boleh dibiakkan dari biji benih namun ia makan masa lebih lama berbanding pembiakkan keratan anak pokok

Dari Mana nak dapat biji benih strawberry? Buahnya tidak mempunyai biji di tengah apabila di makan seperti pada rambutan dan mangga. Sebenarnya, biji benih strawberi ada pada bahagian luar buahnya. Puan Leya Aalieya berkongsi cara pembiakkan strawberry dari biji benih di laman facebooknya.

Cara-cara biak strawberry dari biji benih

1. pertama biarkan buah strawberry betul2 tua mcm ni (warnanya merah hitam) lepas tu keluarkan biji benih menggunakan cucuk gigi

2. dan ini la biji benih tersebut…lepas tu tabur benih atas tanah ( jangan timbus biar kan atas tanah ja ) ( 31 jan time ni ) sy guna tanah biasa campur kompos
lepas tu siram bagi tanah sentiasa lembab dan lepas tu tunggu la dia tumbuh

3. Kalau dh tumbuh kena tengok betul2 sbb rupa dia sama dgn rumput2 kecil..jgn pula di cabut ingatkan rumput ya. yang saya tanda merah tu rupa dia baru tumbuh (benda ni keci sangat)

4. Selepas hampir 2 bln ini la hasilnya

5. Bila anak pokok sudah mengeluarkan sekurang-kurangnya 6 helai daun, ia sesuai di pindahkan ke dalam bekas tanaman kekal



Source link