Artikel Terkini

Stok Hartanah Yang Tak Terjual Di Johor – Perancangan Terancang Supaya Bumiputera Tidak Dapat Beli?


Salam semua, saya sebenarnya rasa berat mahu penulis pendedahan begini. Tapi saya fikir dah sampai masa untuk saya dedahkan benda ni sebab kalau dibiarkan, benda ni akan jadi masalah sosial dan beberapa pemaju akan terus membuli semua pembeli rumah di Johor.

Minggu lepas, saya di JB kerana kami di jemput melihat 2 hartanah yang dah siap tapi sudah bertahun tak habis dijual. Sambil tu melawat lagi 3 hartanah yang juga ada banyak unit tak terjual. Setiap projek hartanah yang dah siap ini, ada minima 100 unit yang tak terjual, dan majoriti adalah bumi reserve atau bumi lot.

Yang buat saya sedih, adalah waktu kami di salah satu projek di sana, kami tanya berapa unit lagi yang tak terjual. Staff pemaju cakap semua unit dah habis jual, yang tinggal hanya bumi reserve, lebih kurang 400 unit. Masih ada 400 unit yang tak dijual, tapi sales staff pemaju cakap yang semua unit dah dijual. Paling best, dia cakap, kalau nak beli tunggu bumi release dulu baru kami boleh beli pada harga lebih mahal.

Dia ingat saya ni orang bangladesh ke yang dia suruh saya tunggu bumi release?? Walhal waktu tu saya yang tanya, dengan beberapa staff Melayu saya sebelah saya. Kami siap cakap melayu dgn dia, tapi beliau insist yang kami tunggu bumi lot ini release kepada international lot baru kami boleh beli.

Insiden ini, membuktikan ada banyak pemaju di Johor yang sengaja tidak mahu menjual kepada bumiputera walaupun unit bumi-lot. Sebab mereka akan jauh lebih untung bila berjaya tukar bumi lot ini kepada internasional lot.

Mereka akan berikan banyak alasan kepada SUK Johor kenapa mereka tak dapat menjual kepada pembeli bumiputera walhal rancangan mereka dari awal adalah memang mahu convert unit unit ini kepada unit international supaya mereka untung lebih.

Jadi saya rumuskan 3 sebab kenapa pembeli-rumah-baru Bumiputera di JB tak ramai. Ini adalah kerana:

1. Pemaju Sengaja Tak Mahu Jual?

Bila kami tanya, mereka cakap unit dah habis jual semua, walhal mereka ada beratus unit tak terjual. Mereka mahu tunggu bumi release supaya mereka boleh jual pada harga lebih tinggi.

Ini game mereka dari mula dan mereka pergi merayu ke SUK untuk bagi pelepasan jadi unit internasional kerana tiada pembeli bumiputera.

2. Jual Pada Harga Yahudi

Median hartanah di JB adalah tak sampai RM400,000. Maksudnya majoriti yang beli rumah di JB membeli pada harga RM400,000 ke bawah. Harga hartanah tak terjual ini? 700k-1juta untuk kondo. Ini adalah punca kenapa Johor ada banyak stok hartanah tak terjual tertinggi di Malaysia.

Saya memohon Dan mencadangkan kepada SUK kalau nak bagi pelepasan kepada pemaju pemaju ni, suruh mereka turunkan harga mengikut harga median kawasan tersebut. Kalau harga purata RM300,000, suruh mereka turunkan harga ke RM300,000 baru bagi pelepasan.

Biar jadi harga mampu beli dan bukan harga mampu tengok.

3. Deposit 10% Untuk Pembeli Bumiputera Tapi Hanya RM1,000 Untuk Bukan Bumiputera

Dalam beberapa kes, kami dapati pembeli bumiputera perlu meletakkan deposit hingga 10% dari harga pembelian rumah. Pembeli bukan bumiputera cuma bayar RM1,000 sahaja downpayment untuk beli hartanah yang sama. Memang la pembeli bumiputera takkan beli kan?

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada SUK Johor dan DYMM Sultan Ibrahim yang mengetatkan syarat pelepasan di Johor sejak tahun 2018-2019. Dan ada beberapa pemaju yang saya nampak mula insaf dan mengurangkan harga hartanah mereka kepada harga yang logik dan mampu dibeli oleh semua, sebab dikabarkan yang SUK mengetatkan pelepasan unit bumiputera ini atas arahan DYMM Sultan Johor.

Dan kepada rakan-rakan bukan bumiputera saya di Johor, saya sarankan anda jangan beli apa-apa hartanah jenis kondo yang nilainya lebih dari RM500,000 di JB, tak kira la bumi release atau tidak. Sebab bila anda beli kondo lebih RM500,000 begini, anda menggalakkan pemaju pemaju di JB terus membina produk produk pada harga tak masuk akal disana.

Sewa memang susah nak dapat lebih RM2,500 sebulan di sana, jadi harga melebihi RM500,000 tu memang langsung tak masuk akal dan takkan dapat breakeven. Lelong pun berlambak yang bawah RM400,000. Kalau anda tak beli, pemaju akan kurangkan harga kepada paras yang masuk akal.

Kredit: FB Faizul Ridzuan





Source link