Artikel Terkini

Strike a pose! Ini masa untuk anda jadi muka depan majalah


ALL you need is your own imagination (Apa yang anda perlukan hanya imaginasi)!

Itu adalah antara bait lirik dalam lagu Madonna yang berjudul Vogue.

Kita bukanlah mahu berbicara mengenai lagu tersebut namun kita hendak bercakap mengenai satu challenge yang kini sedang trending di laman sosial iaitu #VogueChallenge .

Jika dahulu setiap kali membelek majalah, ada masanya anda pasti ‘berangan’ ingin menjadi salah seorang “wajah muka depan” majalah.

Namun dengan #VogueChallenge, anda tidak perlu tunggu lama kerana impian anda pasti tercapai dengan skill editing dan juga gaya kreatif anda.

#VogueChallenge bukan sahaja trending di dunia  malah trend ini turut di ikuti oleh rakyat Malaysia.

.

Jika anda tekan tanda pagar tersebut anda pasti akan menemui banyak gambar-gambar kreatif pengguna media sosial yang menjadi muka depan majalah fesyen antarabangsa tersebut.

Ini antara gambar-gambar menarik yang dimuatnaik di laman sosial.

.

Jadi tunggu apa lagi? Ini masanya untuk anda menonjolkan gaya kreatif anda dan jadikan impian “muka hadapan” majalah anda satu kenyataan!





Source link