Artikel Terkini

Swing Trading: Teknik Popular Bagi Mereka Yang Tak Banyak Masa


Telah menjadi satu kebiasaan bagi para pedagang menyebut perkataan swing trading atau menggunakan teknik ini sebagai salah satu cara untuk berdagang, tapi tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan teknik swing ini?

Dan adakah ianya mudah untuk menggunakan teknik ini? Jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan swing trading ini.

Swing Trading, Teknik Dagangan Yang Popular

Ianya merupakan satu teknik dagangan yang popular dan digunakan oleh ramai orang. Ianya merupakan teknik dagangan yang memerlukan pedagang memegang posisi lebih daripada sehari dan boleh memakan masa sehingga berminggu-minggu lamanya.

Tujuan utama swing trading adalah untuk mengambil peluang membuat keuntungan ketika berlakunya kenaikan harga walaupun jumlah tersebut mungkin kecil.

Selepas berakhirnya satu swing, pedagang akan mencari peluang pada saham lain ataupun menunggu peluang yang sama muncul semula pada saham yang sama.

Seperti gambar diatas, pergerakan harga dari titik A ke titik B dikira sebagai satu swing, begitu juga dengan pergerakan harga dari titik B ke titik C. Pedagang yang menggunakan teknik ini akan cuba membuat posisi pada titik A dan memegang posisi sehingga titik B.

Terdapat dua jenis swing di dalam chart iaitu swing up bagi pergerakan harga yang menaik dan swing down bagi pergerakan harga menurun. Ianya boleh dijumpai dalam mana mana timeframe sama ada pada hourly chart atau pun weekly chart.

Walaubagaimanapun, disebabkan short selling tidak dibenarkan bagi pedagang ataupun pelabur biasa di Bursa Malaysia, kita hanya berpeluang untuk mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan ketika fasa swing up.

Untuk mahir dalam teknik ini pedagang haruslah mempunyai ilmu technical analysis bagi mengenalpasti dan membuat jangkaan pergerakan harga saham akan datang. Selain itu, technical analysis juga dapat membantu pedagang mengenal pasti target price dan juga stop loss.

Dalam membuat jangkaan pergerakan harga saham, pedagang boleh menggunakan indicator seperti Japanese candlesticks, moving average atau pun continuation dan reversal chart pattern.

Dengan menggunakan gabungan indicator, pedagang dapat membuat posisi dalam pasaran dengan lebih pantas dan memaksimakan keuntungan.

Seperti teknik-teknik dagangan yang lain, stop loss management juga penting dalam teknik swing trading ini. Stop loss adalah penting bagi mengelakkan pedagang atau pelabur mengalami kerugian besar apabila berdepan dengan false breakout ataupun apabila keputusan yang dibuat adalah kurang tepat.

Teknik ini sesuai digunakan bagi pedagang yang mempunyai waktu yang terhad bagi memantau portfolio mereka. Dengan teknik ini, pedagang tidak perlu meluangkan masa yang banyak di hadapan komputer untuk berdagang.

Nak mantapkan ilmu berkenaan swing trading ini? Jom baca:

Photo by Myles Tan on Unsplash



Source link