Artikel Terkini

Tangerine Suites, Sunsuria City – Apartmen servis Freehold pada harga mampu-milik


“Fuh, kemain susah lagi nak cari rumah bawah RM300,000 sekarang ni.”

Kalau soalan ini kerap bermain dalam minda korang, pasti korang akan suka dengan perkongsian Tok hari ni. 

Dengan harga kediaman yang semakin mahal di Pusat Bandar, ramai yang memilih untuk tinggal sedikit jauh seperti Nilai, Seri Kembangan, Sepang, dan sebagainya. 

Selagi ada akses kemudahan pengangkutan awam dan lebuh raya yang mantap, ini tak menjadi masalah besar kepada mereka yang menetap di kawasan ini. 

Dan semua ini, ada pada projek yang bakal Tok kongsikan pada korang hari ni. Jemput hadamkan tanpa was-was. 

Projek pembangunan bercampur, sesuai dengan gaya hidup masa kini 

Projek apartmen servis yang Tok maksudkan adalah Tangerine Suites, yang berdiri megah di bandar Sunsuria City berlokasi di Sepang. 

Sunsuria City berkonsepkan pembangunan bercampur (mixed development), korang akan disajikan dengan kediaman jenis apartmen servis yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di sini. 

Antara kemudahan yang bakal disediakan di Sunsuria City yang berkeluasan 525 ekar ini seperti:

  • Pusat membeli-belah (retail malls), 
  • Kondominium, 
  • Apartmen servis, 
  • Kedai runcit komersial (commercial shoplots), 
  • Sekolah, 
  • Taman, 
  • Hotel, dan juga
  • Kediaman atas tanah (residental landed homes). 

Tangerine Suites merupakan projek kediaman jenis servis apartmen berstatus Freehold (Pegangan Bebas), dengan jumlah sebanyak 778 unit. Projek ini boleh dikira sebagai medium density (berkepadatan sederhana). 

Pembangunan Tangerine Suites dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 nanti. 

Berapa jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di Tangerine Suites ini? 

Ada 4 jenis susun atur (layout) yang ditawarkan di Tangerine Suites ini. Berikut adalah layout yang korang boleh pilih: 

Jenis A (550 kaki persegi, 1 bilik tidur dan 1 bilik air) 

Jenis B (635 kaki persegi, 1+1 bilik tidur dan 1 bilik air) 

Jenis C (700 kaki persegi, 2+1 bilik tidur dan 2 bilik air)

Jenis D (936 kaki persegi, 2+1 bilik tidur dan 2 bilik air beserta ruangan balkoni)

Dari sini, korang boleh nampak yang Tangerine Suites menyediakan kediaman yang sesuai untuk golongan bujang, ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga bersama anak-anak tersayang. 

Fasiliti yang lengkap dan sesuai dengan gaya hidup masa kini 

Walaupun Tangerine Suites dijual pada harga mampu-milik, korang boleh jangkakan kemudahan dan fasiliti bergred A di sini. 

Antara fasiliti yang tersedia di Tangerine Suites untuk kegunaan korang sekeluarga seperti: 

  • Kawasan barbeku, 
  • Kolam renang, 
  • Kolam renang kanak-kanak, 
  • Taman permainan kanak-kanak, 
  • Gim,
  • Bilik solat, dan
  • Taman. 

Selain itu, korang juga ada akses kepada Giverny Park yang terbuka kepada penggunaan umum. Taman ini disediakan oleh pihak Sunsuria sendiri dan dan dibina dengan kos bernilai lebih daripada RM10 juta. 

“Mudah tak untuk ke mana-mana dari sini?”

Maju Expressway (MEX). Sumber gambar – Malay Mail Online

Bab lokasi, Tok boleh cakap Tangerine Suites ni tak jauh mana daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. 

Bertempat di Putrajaya South di Salak Tinggi, projek ini juga berdekatan dengan Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi, Putrajaya, dan juga Cyberjaya. Senang untuk korang yang bekerja dekat kawasan ini. 

Korang ada akses ke 11 lebuhraya seperti: 

  • Maju Expressway (MEX), 
  • ELITE Expressway dengan akses ke jalan baru (B29), 
  • Putrajaya-Cyberjaya Expressway, 
  • KLIA Expressway via B32, 
  • SKVE, 
  • LDP, 
  • Lebuhraya SILK, 
  • Lebuhraya Utara-Selatan via B32, 
  • Jalan Nilai-KLIA, 
  • Jalan Bangi-Dengkil, dan
  • Jalan Banting-Dengkil via B48. 

Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses ke LRT dan KTM via ERL yang berlokasi di Stesen Salak Tinggi. Buat yang malas nak memandu, korang patut gunakan kemudahan ini. 

Untuk ke Kuala Lumpur (Stesen KL Sentral), korang hanya perlukan 30 minit masa perjalanan saja. Boleh korang jimatkan kos petrol dan tak perlu servis kereta secara kerap. 

Buat yang bekerja di KLIA pula, korang boleh gunakan perkhidmatan ERL yang mengambil masa 7 minit perjalanan saja. Best, kan? 

Bawah ni, Tok sediakan kos tiket untuk memudahkan korang buat bajet bila menetap di sini: 

Dapatkan kos tiket untuk memudahkan korang buat bajet dengan baca artikel Tok sebelum ini. Klik sini dan baca sekarang.

Apa lagi kemudahan lain yang tersedia dekat sini? 

XiaMen University. Sumber gambar: The Star Online

Sebab Tangerine Suites berdekatan dengan banyak kawasan jiran, korang boleh jangkakan banyak kemudahan mantap yang tersedia di sini. 

Kediaman ini dibina berdekatan dengan Xiamen University Malaysia, yang menempatkan lebih daripada 10,000 pelajar di sini. 

Antara kemudahan lain yang sudah tersedia kat sini seperti: 

#1: Tapak komersial, perniagaan, dan pusat membeli-belah

KIPMALL Kota Warisan. Sumber gambar – kipmall.com.my
  • Uptown Kota Warisan, Salak Tinggi, 
  • Tesco Nilai, 
  • Giant Nilai, 
  • 9 Avenue Nilai, 
  • KIP Mart & Home Mart, 
  • Courts Nilai, 
  • Nilai Square,
  • KL International Outlet (dalam pembinaan), 
  • Mitsui Premium Outlet, 
  • Gateway @ KLIA2. 

#2: Tempat beriadah 

Nilai Spring Golf & Country Club. Sumber gambar – nilaisprings.com
  • Taman Tasik Teratai, dan
  • Nilai Springs Golf & Country Club. 

#3: Pusat pendidikan (Tadika)

  • Smart Readers Kids Kindergarten, Taman Seroja. 

#4: Sekolah rendah 

Sekolah Kebangsaan KLIA. Sumber gambar – benashaari.com
  • Sekolah Rendah KLIA, 
  • S.K. Taman Seroja, 
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • S.K. Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SRJK (Tamil) Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • Nilai International School, 
  • SRJK (Cina) Ladang Bukit Kledek. 

#5: Sekolah menengah 

SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Sumber gambar – smkbbst.blogsot.com
  • SMK Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • Sekolah Menengah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SMK Seri Sepang, 
  • Nilai International School. 

#6: Institut pengajian tinggi 

Xiamen University. Sumber gambar – The Star Online
  • East College of Technology,
  • Xiamen University,
  • UniKL MIAT,
  • Inti Nilai International University,
  • Nilai University,
  • Manipal International University,
  • Universiti Sains Islam Malaysia.

#7: Hospital 

Hospital Putrajaya. Sumber gambar – siraplimau.com
  • Hospital Putrajaya, 
  • Nilai Medical Centre, dan
  • National Cancer Institute. 

Jadi, berbaloi ke beli Tangerine Suites? 

Pada pendapat personal Tok, Tangerine Suites sesuai untuk mereka yang belum membeli rumah dan mahu memilik rumah pertama. Harga jualan yang menarik menjadikan produk ini sesuai untuk golongan ini. 

Bila dah mampu untuk berpindah ke unit yang lebih besar, rumah ini boleh disewakan dan menjana pendapatan pasif pada masa depan. Paling kurang, korang dah ada sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan untuk pendidikan anak-anak bila dah besar nanti. 

Cuma, elakkan ambil pendapat Tok ni bulat-bulat. Pastikan korang buat kajian terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. 

Peluang belajar dengan Faizul Ridzuan secara PERCUMA?

“Macam mana nak beli hartanah pelaburan pada tahun ini, yang susah nak RUGI?”

Kalau korang serius nak jawapan kepada soalan ini, Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Faizul Ridzuan pada 15 Mac 2020 (hari Ahad) ini. 

Faizul Ridzuan akan kongsikan 5 data hartanah yang korang wajib tahu sebelum beli hartanah pelaburan dalam sesi ini, dan ianya 100% PERCUMA.

Orang lain sanggup bayar beribu Ringgit untuk dapatkan data ini. Korang juga akan belajar cara kurangkan komitmen bulanan RM5,000 menjadi RM1,000, dan banyak lagi ilmu hartanah power. 

Tak cukup dengan itu, korang juga berpeluang memenangi tiket ke seminar Road To 3 Million (R3M) bernilai RM299 secara PERCUMA! 

Pastikan bawa sekali Kad Pengenalan anda untuk dapatkan laporan CTOS secara PERCUMA.

Mohon daftar cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. 

KLIK SINI (ATAU GAMBAR DI BAWAH) DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG



Source link