Uncategorized

Tarik pelabur asing yang berhadapan isu tarif ke Malaysia – Rafidah



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menarik pelabur-pelabur asing yang kini beroperasi di China atau Amerika Syarikat (AS) selain syarikat yang menghadapi tarif untuk berpindah dan menempatkan operasi baharu mereka di Malaysia.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kerajaan juga perlu menyusun beberapa langkah serentak untuk menangani kesan-kesan persekitaran ekonomi yang tidak menentu itu.

“Saya percaya kerajaan terus melaksanakan langkah-langkah menangani isu-isu dan kesan daripada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Ini kerana tindakan-tindakan AS dan China yang mengenakan tarif serta sebagainya antara mereka yang mempunyai kesan-kesan langsung dan tidak langsung kepada negara-negara ketiga seperti Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

BACA: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 peratus pada Suku Ketiga 2019 – Bank Negara

BACA: 

Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil pada 2019 – BNM

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi purata 4.6 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Secara keseluruhannya, kata Nor Shamsiah, pertumbuhan pada 2019 dijangka berada dalam unjuran dan kadar ini dilihat akan berterusan sehingga tahun hadapan.

Dalam pada itu tegas Rafidah, persekitaran perniagaan di negara ini yang dibawa Dasar Struktur Pentadbiran dan sistem sokongan kerajaan memudahkan urusan dan operasi sektor swasta.

Katanya, sektor-sektor yang dinamis juga mesti diperkukuh dan rintangan-rintangan birokrasi di kenalpasti serta dibasmi.

“Sektor swasta boleh menjana pertumbuhan ekonomi terutama dalam keadaaan kerajaan sendiri terpaksa menanggung liabiliti dan beban kewangan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Antaranya menyelamatkan entiti-entiti seperti Tabung Haji (TH) dan lain-lain selain meneruskan perbelajaan yang betul-betul prioriti dan berkesan positif dan telah dirancang untuk faedah rakyat,” ujarnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Jumaat berkata, kerajaan yakin mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.7 peratus bagi tahun ini berdasarkan prestasi petunjuk ekonomi utama kini yang menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara lebih baik.

Jelasnya, antara petunjuk ekonomi itu adalah kadar pertumbuhan Indeks Pelopor (LI) yang berada dalam fasa pengembangan bagi tempoh empat hingga enam bulan ke hadapan; serta Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) untuk sektor pembuatan yang meningkat kepada 49.3 mata pada Oktober 2019, paras tertinggi dalam tempoh enam bulan.





Source link

Related Posts