Artikel Terkini

Teknik Pekebun Buah Kelar Untuk Pokok Yang Malas Dan Maniskan Buah


Sebelum ini, IMPIANA ada kongsikan kaedah ugutan atau takek untuk pokok yang malas berbuah. Ramai yang kata itu hanyalah mitos. Selepas membaca perkongsian dari Abdul Hamid Ahmad, rupanya teknik ini terbukti berkesan dan telah digunakan pekebun untuk memaksa pokok buah di seluruh dunia.

Baca Teori kelar pokok: Pekebun Anggur Dah Lama Guna Teknik Tetak Pokok Anggur Untuk Hasilkan Buah Banyak

Tetapi, pekebun profesional tidak menggunakan teknik takek. Ia menggunakan kelaran atau lebih dikenali dengan nama Gridling Techinque. Rupanya teknik kelaran atau gridling ini bukan sahaja untuk memaksa pokok berbuah. Ada banyak lagi manfaatnya

Di mana kelaran perlu dilakukan?
-Pangkal dahan-dahan utama
-Sekeliling paksi pokok

Cara-cara Gridling Technique
1. Gunakan pisau yang telah di nyah kuman (strill) dan tajam. Buat satu kelaran asas sekeliling dahan
2. Lakukan kelaran kedua dengan jarak tidak lebih 5mm. Untuk pokok kecil seperti pokok tin, jarak 2mm sudah memadai
3. Tanggal atau kupas bahagian kelaran dari batang pokok
4. Selepas kelar, terpulang pada anda sama ada nak tutup bahagian kelaran dengan plastik atau cat. Dibiarkan begitu sahaja pun boleh cuma ia tidak cantik dan mudah terkena ancaman penyakit

Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.

a) bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.

b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.

Info tambahan:
Pastikan baja yang digunakan tinggi P(Potassium) dan K (kalium) Elak menggunakan baja tinggi N(Nitrogen) akan menyebabkan pokok anda mabuk daun



Source link