Uncategorized

“Telur 4 biji, nasi sikit” – Syed Saddiq kongsi tip kekal sihat

"Telur 4 biji, nasi sikit" - Syed Saddiq kongsi tip kekal sihat 1



"Telur 4 biji, nasi sikit" - Syed Saddiq kongsi tip kekal sihat 2

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrain sebagai hidangan sarapan.

“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.

“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI yang bakal disiarkan di Astro AWANI jam 9 malam ini.

Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.

“Saya juga sedang berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada minuman berkarbonat,” katanya.

Beliau muncul dalam program bual bicara Agenda AWANI dan bercerita mengenai program Fit Malaysia.

Syed Saddiq memilih untuk meneruskan kesinambungan program yang dimulakan oleh Khairy Jamaluddin pada 2014.

“Program ini baik dan perlu diteruskan dengan penambahbaikan nilai terhadap apa yang dimulakan ke arah mengukuhkan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara membudayakan sukan,” ujarnya.





Source link