Artikel Terkini

Terkesan COVID-19, komuniti busker terima sumbangan baucar RM10,000 dari Tesco Malaysia


KUALA LUMPUR: Komuniti kumpulan muzik jalanan atau busker adalah antara mereka yang terkesan susulan penularan COVID-19 di negara ini.

Menyedari kesusahan itu terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tesco Malaysia tampil menyalurkan  sumbangan 100 baucar yang setiap satu bernilai RM100 kepada setiap komuniti busker.

Keseluruhan jumlah sumbangan bernilai RM10,000.

Kesemua baucar berkenaan akan diagihkan kepada 100 penerima yang dikenal pasti dalam kalangan anggota Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) dan boleh dituntut di semua Tesco mengikut negeri.

Buskers adalah antara yang terkesan COVID-19

Dalam pada itu, Presiden MYBC, Wady Hamdan, melahirkan penghargaan kepada Tesco Malaysia yang  prihatin terhadap kebajikan busker.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu ahli persatuan yang turut terjejas pendapatan untuk membeli barang keperluan makanan.

“Pihak MYBC akan terus menjalin kerjasama strategik dengan pihak Tesco Malaysia dalam memberi hiburan kepada para pengunjung Tesco di seluruh Malaysia,” tambahnya.

 Presiden MYBC, Wady Hamdan menghargai sumbangan Tesco





Source link