Artikel Terkini

Terlalu awal kaitkan pergolakan politik dengan prestasi pasaran bursa



KUALA LUMPUR: Terlalu awal untuk dikaitkan kejatuhan saham dalam pasaran Bursa Malaysia menerusi pergolakan politik negara ketika ini.

Itu pandangan Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, yang menyifatkan turun naik saham dalam jangka masa pendek tidak menjejaskan secara makro pasaran itu.

“Pasaran bursa dalam konteks ekonomi sebenarnya tidak boleh ditentukan dalam tempoh jangka masa pendek dan ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada petunjuk ekonomi dari segi makro.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks sekarang ini, agak sukar untuk bezakan kejatuhan pasaran bursa ini adalah berpunca sama ada pergolakan politik negara, penularan wabak COVID-19 ataupun perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China,” katanya yang menjadi tamu undangan dalan program Buletin AWANI Khas di sini pada Isnin.

Mohd Yusof berkata, faktor penentuan kejatuhan pasaran bursa boleh berlaku sekiranya kedudukan politik negara berlanjutan dalam tempoh enam bulan.

“Terlalu awal untuk kita jangkakan dan dalam hal yang dihadapi sekarang ini berhubung kecelaruan politik hanya boleh mempengaruhi ekonomi secara langsung dan bukan menerusi pasaran bursa,” ujarnya.

BACA: FBM KLCI tutup 1,490, paras terendah sejak 21 Disember 2011





Source link

Related Posts