Artikel Terkini

Tesla, Syarikat Automotif Paling Bernilai Di Dunia


Baru-baru ini, syarikat Tesla telah muncul sebagai syarikat automotif yang paling bernilai di dunia – mengatasi Toyota dan Volkswagen. Memang tak disangka-sangka sekali, apatah lagi ketika berlakunya pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Kredit Gambar: Visual Capitalist

Tesla yang bermula 15 tahun yang lalu, telah melalui perjalanan yang penuh berliku untuk mencapai takhta pada hari ini. Tatkala jualan kereta merudum dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan pandemik yang berlaku, harga saham Tesla telah meningkat sebanyak 348% dalam masa setahun.

Sumber: Trading View

Setahun yang lalu, harga saham Tesla baru lebih kurang $220 USD, hari ini dah nak cecah $1,000 USD pula.

Apa Yang Menyebabkan Harga Tesla Meningkat?

Pada awal tahun yang lalu, Tesla telah mencapai satu milestone yang baru dengan mengatasi nilai General Motors dan Ford yang digabungkan. Dua syarikat gergasi ini telah tewas di tangan Tesla yang boleh dikatakan masih lagi ‘mentah’ dalam dunia automotif.

Walaupun jualan kereta Tesla di Amerika Syarikat jauh ketinggalan di belakang Toyota, namun jualan kereta mereka di seluruh dunia telah meningkat dengan secara konsisten sejak kebelakangan ini.

Ditambah lagi dengan pembukaan kilang Tesla di China, ianya telah membuktikan betapa seriusnya mereka ingin berkembang di China dan seterusnya rantau Asia.

Baca: Elon Musk Guna Strategi Jeneral Sun Tzu Dengan Membuka Kilang Tesla Di China

Sebagai peneraju kereta elektrik, Tesla memang jauh di depan berbanding syarikat-syarikat lain. Malah, Syarikat Faraday Future, Pencabar Utama Tesla Diisytiharkan Muflis. Ini membuktikan bahawa memang sukar untuk menandingi Tesla di persada dunia.

Di kala permintaan masyarakat dunia yang mahukan sebuah kenderaan hijau dan mesra alam, masa depan Tesla sememangnya cerah. Ditambah pula dengan ura-ura mengatakan Tesla akan mula membangunkan trak atau pikap sebagai model terbaru mereka, inilah kereta masa depan yang kita cari-cari selama ini.

Sumber Rujukan: Visual Capitalist

Boleh beli lagi tak saham syarikat Tesla ni? Kalau daripada segi Fundamental, memang power. Kena tengok pula dari sudut Technical pula untuk menentukan masa terbaik nak beli saham Tesla ni.

Lagi pun, harga seunit saham Tesla pun dah nak cecah $1,000 USD. Mesti ramai yang akan kata mahal harga saham Tesla ni kan? Jangan terkejut kalau tahun depan boleh cecah $2,000 USD pula.



Source link