Artikel Terkini

Thai AirAsia gantung sementara penerbangan antarabangsa



BANGKOK: Thai AirAisa (kod syarikat penerbangan FD) menggantung sementara perkhidmatan penerbangan antarabangsa mulai 22 Mac hingga 25 April, sejajar dengan sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan oleh pelbagai kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan yang berkaitan, yang bertujuan bagi membendung penyebaran jangkitan COVID-19.

Thai AirAsia dalam satu kenyataan berkata penggantungan ini hanya akan menjejaskan penerbangan antarabangsa yang beroperasi dengan kod syarikat penerbangan FD.

“Semua penerbangan dan perkhidmatan domestik akan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Menurut Thai AirAsia, pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel berdaftar mereka serta pemberitahuan melalui SMS.

Ia juga memantau dengan teliti keadaan dan mempunyai hak untuk mengumumkan dasar selanjutnya berdasarkan kepada perkembangan terbaru .

Semua penumpang terjejas yang telah menempah sebelum atau pada 20 Mac akan ditawarkan tiga pilihan bagi mengurangkan kesulitan mereka iaitu pemindahan penerbangan, kredit akaun atau bayaran balik sepenuhnya.

–BERNAMA

Tag: Thailand, Thai AirAsia, Penggantungan, Penerbangan Antarabangsa





Source link

Related Posts