Artikel Terkini

Tiara Biz Tawar Pilihan Lokasi Bisnes Yang Menarik


Seringkali bisnes terbantut atau gagal diteruskan kerana kesilapan peniaga dalam memilih lokasi premis yang tepat dan sesuai.

Secara umumnya kesilapan bermula kerana masih baharu dalam bidang bisnes, maka para peniaga cenderung memilih premis bisnes yang menawarkan kadar sewa yang murah. Kononnya, kalau sewa murah, kuranglah sedikit beban kos operasi bulanan.

Malangnya, corak pemikiran begini memang selalu tersilap. Apalah gunanya jika kadar sewa sahaja rendah tetapi lokasi bisnes yang dijalankan langsung tidak menarik dan jauh daripada tumpuan atau laluan orang ramai. Akibatnya, bisnes sukar berkembang maju dan akhirnya terpaksa ditutup.

Oleh itu, kesilapan awal ini perlu dibetulkan. Cuba ketepikan sebentar soal kadar sewaan bulanan premis bisnes yang murah. Tetapi berikan tumpuan kepada pemilihan lokasi.

TIARA SENDAYAN - Home Sweet Home

Pilih Lokasi Bisnes

Sekiranya seseorang peniaga memilih lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai, sudah pasti mereka itu tidak perlu runsing memikirkan strategi pemasaran. Hal ini demikian kerana kebarangkalian untuk premis itu dikunjungi adalah tinggi berdasarkan kepada tarikan yang terdapat pada persekitaran lokasi tersebut.

Apatah lagi jika bisnes yang dijalankan memenuhi kehendak asas seperti menjual makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan barangan keperluan harian.

Selain itu, lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai sudah pasti antaranya dekat dengan pusat membeli-belah, kawasan kediaman, pejabat dan pelbagai kemudahan awam yang lain.

wassim على تويتر: "Tiara Sendayan To Seremban 2 - 15 mins To Bandar Enstek - 15 mins To Nilai - 17 mins To KLIA - 25 mins To Bangi - 40 mins To Putrajaya/Cyberjaya - 50 mins To KL - 60 mins"

Soalannya, wujudkah lokasi yang menawarkan semua kelebihan ini?

Jawapannya, ya, sudah tentu. Jika diperhatikan, ketika ini di seluruh negara semakin banyak kawasan projek pembinaan dijalankan secara berintegrasi bagi memenuhi keperluan antara kediaman dan komersial para penghuni baharu di situ.

Jika kita memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Kuala Lumpur dan Melaka, mendekati kawasan Seremban, kita boleh menyaksikan rancaknya pembangunan di bahagian kiri dan kanan lebuh raya. Antara yang mudah dilihat adalah Bandar Ainsdale.

Akan tetapi jika kita mengambil sedikit masa dengan meninjau pembangunan di kawasan barat Seremban, kita akan menyaksikan lebih banyak projek pembangunan yang mana salah satunya adalah Bandar Sri Sendayan.

Di kawasan baharu yang pesat membangun ini, terdapat kawasan Tiara Sendayan yang mana antara pembangunan terkini adalah Tiara Biz yang dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad.

d'Tempat Country Club - Seremban's Gem - Wedding Research Malaysia

Lembah Wawasan Malaysia (MVV)

Untuk makluman, Bandar Sri Sendayan merupakan salah sebuah komponen penting kepada Lembah Wawasan Malaysia (MVV) seluas 130,000 ekar dan merangkumi tiga kawasan penting seperti Seremban, Nilai dan Port Dickson.

Apa yang menarik, menurut Berita Harian, projek MVV ini memfokuskan lima kluster strategik sebagai teras pembangunan seperti Lembah Pendidikan-Teknologi, Pelancongan dan Kesihatan, perbandaran baharu, daerah perniagaan pusat dan bandar alam semula jadi.

Tambahan pula Bandar Sri Sendayan berada pada kedudukan yang cukup strategik. Hal ini demikian kerana kawasan ini lengkap dengan kemudahan infrastruktur penting seperti berdekatan Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pelabuhan utama.

Hal ini sudah pasti akan membantu merangsang pertumbuhan perniagaan sekaligus membuka peluang pekerjaaan yang lebih baik kepada warga tempatan.

Maka, secara langsung atau tidak langsung, potensi perniagaan yang dijalankan di Bandar Sri Sendayan akan turut berkembang pesat.

Di sini terdapat beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, d’Tempat Country Club, Matrix Global Schools, SMK Taman Nusari, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.

Bandar Sri Sendayan Homestay Prices, photos, reviews, address. Malaysia

Jika dilihat pada beberapa kemudahan yang disediakan di Bandar Sri Sendayan sahaja sudah cukup untuk meyakinkan para peniaga bahawa Tiara Biz adalah lokasi bisnes terbaik dan mampu menawarkan daya saing pada tahap yang memberangsangkan.

Mengapa Tiara Biz @ Tiara Sendayan?

Bayangkan, premis perniagaan yang ditawarkan di Tiara Biz ini pula terletak berdekatan jalan utama antara KLIA/ Sepang dan Bandar Sri Sendayan/ Seremban. Tidak jauh dari kawasan Tiara Biz pula turut tersedia adalah lokasi tumpuan orang ramai iaitu bazaar makanan (akan datang) dan dilengkapi dengan 3 pilihan stesen minyak.

Maka, peniaga tidak perlu runsing memikirkan strategi pemasaran dan pengiklanan kerana dianggarkan sekitar 12,000 jumlah penduduk di Tiara Sendayan dan sekitarnya yang mana sekaligus akan memastikan perniagaan anda mudah dikenal pasti. Tidak perlu risau dengan masalah parkir kerana sekitar kawasan ini menawarkan kemudahan parkir yang cukup banyak.

Tiara Biz @ Tiara Sendayan by Matrix Concepts (NS) Sdn Bhd for sale | New Property | iProperty.com.my

Justeru hampir pasti setiap bisnes yang dijalankan di Tiara Biz mampu memberikan senyuman kepada para peniaga berdasarkan kepada potensi di sini.

Sebutkan apa sahaja jenis bisnes: makanan dan minuman, klinik dan farmasi, dobi, pusat rawatan kecantikan, kedai buku, studio gimnasium atau butik pakaian, semuanya hampir pasti akan menerima kunjungan orang ramai di sekitar kawasan ini.

Sudah pasti Tiara Biz adalah lokasi yang tepat dan lumayan bukan sahaja kepada para peniaga tetapi juga untuk mereka yang ingin membuat pelaburan dalam bentuk aset hartanah.

Jika anda berminat untuk memiliki premis bisnes di Tiara Biz samada untuk memulakan bisnes atau dijadikan aset pelaburan, segera bertindak dnegan menghubungi 1800-88-2688 atau kunjungi galeri Matrix Galleria di alamat:

Matrix Galleria @ d’Tempat Country Club
PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1,
71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
(GPS Coordinate Code 2.674820, 101.863722)





Source link