Artikel Terkini

Tidak cukup tidur, tidur tidak berkualiti jadi punca microsleep



Tidak cukup tidur dan tidak mendapat tidur yang berkualiti merupakan antara punca utama berlakunya kejadian microsleep.

Pakar keselamatan jalan raya, Prof Dr Khulanthayan KC Mani memaklumkan, microsleep boleh berlaku dalam waktu yang sangat singkat, mungkin dalam beberapa saat hingga dua minit.

Ia akan menyebabkan hilang tumpuan, serta penutupan mata, yang menyebabkan keadaan mengantuk.

“Dalam proses tersebut, kita akan cuba lawan mengantuk dengan menjalankan, seperti, pemanduan atau kerja menggunakan komputer, kita tak perasan kita tertidur.

“Selalunya, ia berlaku dalam dua episod, sedang memandu atau sedang menggunakan komputer,” kata Khulanthayan.

Menurutnya, situasi yang membimbangkan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

“Jika mereka letih, peluang untuk dapat microselep sangat tinggi. Mereka yang berisiko tinggi ini adalah mereka yang kerja shift malam, tidak cukup tidur dan golongan imsonia,” ujarnya.

BACA: Padah sesaat nyawa hilang! Ketahui gejala dan rawatan ‘microsleep’ 

BACA: Bahaya microsleep! Ini waktu yang anda patut elak memandu 

Antara simptom yang boleh dikenal pasti termasuk mula rasa mengantuk dan mata sukar untuk dibuka ketika sedang menjalankan aktiviti pemanduan atau menggunakan komputer.

Selain itu, hilang fokus dan mood, serta hilang kawalan dalam pemanduan juga merupakan simpton seseorang itu menghadapi microsleep.

Justeru, kata Khulanthayan, cara paling berkesan untuk mengelakkan terjadinya microsleep adalah menjaga waktu tidur dengan baik.

“Cara-cara kita nak elak microsleep, pertama pastikan cukup tidur sehari iaitu, 6 jam.

“Kedua, cukup tidur pada waktu malam. Tidur pada waktu malam itu penting. Ia berbeza antara tidur 6 jam pada waktu malam dan 6 jam pada waktu siang.

“Selain itu, sekiranya kita mengantuk, dapatkan power nap selama 20 minit, ” katanya lagi.

Pada Ahad, seorang penuntut universiti awam, Amin Faiz NohaniI, 22 tahun, maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 239.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas – Linggi.

Nahas berkemungkin disebabkan mangsa mengalami microsleep.

Ia selepas perkongsian Allahyarham di Instagram Story-nya yang memaklumkan mangsa berhenti berehat untuk kali kedua selepas tertidur ketika menunggang motosikalnya dan tidak mahu berlaku microsleep. 

Pada Mei tahun lalu juga, pengasas kosmetik Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia di Pattani, Thailand selepas kereta yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.

Ahmad Shah Rizal mengaku nahas itu berlaku kerana dia terlelap akibat terlalu letih. 





Source link