Artikel Terkini

TikTok Bakal Mendominasi Cara Pemasaran Akan Datang?


Kecoh apabila Menteri Pendidikan menganjurkan pertandingan TikTok dan memanggil beberapa influencer untuk turut serta. Seperti biasa, ada yang mengecam dan ada yang sokong.

Namun, pertandingan itu tidak sesuai diadakan ketika musim Perintah Kawalan Prgerakan (PKP) ini. Sebab apa?

Kebanyakan berpendapat agar pihak atasan lebih peka dan sensitif dengan nasib pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak terdedah dengan dunia teknologi. Ya, pada tahun 2020 ini masih ada yang ketinggalan, tak memiliki smartphone, apatah lagi komputer mahu pun tablet.

Oleh itu, perkara yang perlu difikirkan adalah bagaimana pendidikan dapat disalurkan secara lebih meluas ke kawasan pedalaman dan orang yang kurang berkemampuan dengan kos yang efisien. Kini, pelajar berada di rumah dan pelajaran juga terabai.

TikTok tidak bersalah dalam hal ini, kerana pihak menteri mengikuti perkembangan dunia masa kini. Semakin ramai anak muda yang ‘melepak’ di TikTok, cuma cara pengendalian yang perlu ditambah baik.

Asal-Usul TikTok

TikTok bermula sejak September 2016. Ia adalah milik syarikat ByteDance yang terletak d Beijing,China dan pemiliknya adalah Zhang Yiming.

Mereka pada mulanya melancarkan aplikasi Douyin hanya untuk pasaran China sahaja. TikTok dan Douyin adalah sama, tetapi meggunakan server yang berbeza bagi mematuhi undang-undang kawalan Negara China.

Aplikasi ini diterima di Amerika Syarirkat selepas bergabung dengan aplikasi musical.ly pada 2 Ogos 2018.

Aplikasi ini merangkumi 75 bahasa dan diterima di 155 buah negara di seluruh dunia.

Kegunaan TikTok

Kegunaan utama TikTok adalah untuk membuat video pendek berdurasi 60 saat. Ada yang membuat video menari, membuat gerakan bibir dan mengikut rentak muzik.

Jika digunakan untuk mempelajari sesuatu yang baru seperti video kraftangan, memasak, tutorial ringkas dan bermacam-macam lagi. Kebanyakan video yang dihasilkan adalah video menari yang menjadi trend ikutan pengguna aplikasi tersebut.

Memetik sumber dari Oberlo.com, TikTok menduduki tempat pertama apikasi yang paling ramai dimuat turun di seluruh dunia. Hampir 1 bilion penonton setiap hari.

Mereka punyai 800 juta pengguna aktif diseluruh dunia. 90% pengguna yang memiliki akaun akan melihatnya berulang kali. Ia umpama satu aplikasi yang boleh membuat seseorang ketagih.

Mungkin ia libatkan muzik dan tarian. Kita sendiri suka untuk mendengar sesuatu lagu berulang kali? Aplikasi ini membenarkan kita ambil muzik dari mana-mana yang kita suka dan memasukkannya ke dalam video kita sendiri tanpa kita perlu susah payah untuk memuat turun lagu tersebut.

Ia adalah pilihan generasi Z. 41% pengguna adalah berumur 16-24 tahun. Inilah generasi pelapis untuk negara akan datang.

Jika kita generasi X dan Y yang terus-menerus menolak teknologi, mereka adalah golongan yang akan menggunakan sebarang teknologi dengan cara yang tidak mencapai tujuan yang optimum. Sebaliknya, kita perlu ambil tahu dan pantau.

Walaupun aplikasi ini berasal dari China, namun negara yang paling banyak menggunakannya adalah India! Hampir 1/3 muat turun adalah dari sana.

68% penonton akan melihat video orang lain dan hampir 50% pengguna akan muat turun video mereka sendiri selepas itu. (Globalwebindex, 2019)

Ianya merupakan satu peluang besar bagi pengusaha dan organisasi untuk mempengaruhi generasi Z ini dengan minat mereka yang baru. Mereka tidak berapa gemar Facebook,katanya boring dan mereka lebih suka Instagram, Twitter dan terkini TikTok.

Sesuatu yang buat saya terfikir. Pepatah belajarlah sehingga ke negeri China. Kes Coronavirus bermula dari Wuhan, China. Mereka sudah berakhir, negara lain yang lebih teruk terancam berbanding negara mereka sendiri.

Aplikasi ini juga bermula di China dan tersebar penggunaannya ke seluruh dunia. Barangan ‘Made In China’ juga ada di seluruh dunia. Apa istimewanya China?

Ketua mereka? Dasar dan objektif mereka? Atau sikap rakyat mereka?

Mari kita fikir-fikirkan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Rujukan:



Source link