Uncategorized

Tip Penjagaan Daisy Supaya Tak Putus Berbunga

Tip Penjagaan Daisy Supaya Tak Putus Berbunga 1


Daisy adalah tanaman berbunga yang mempunyai pelbagai rona bunga yang menarik dan sering menjadi pilihan peminat dekorasi taman berkonsep kedesaan. Ramai beranggapan, Daisy Afrika atau nama saintifiknya Gerbera jamesonii merupakan tanaman bermusim.

Ini disebabkan, ia perlu diganti selepas selesai berbunga dan mempunyai jangka hayat yang sekejap. Tidak kurang juga, pokok daunya merimbun tapi tidak berjaya menghasilkan bunga. Sebenarnya, cara atau teknik penyelengaraan yang salah menyebabkan tanaman ini cepat mati atau mudah rosak. Berikut, 5 tip penjagaan yang WAJIB anda lakukan untuk memastikan daisy yang ditanam tahan lebih lama dan sentiasa berbunga:Tip Penjagaan Daisy Supaya Tak Putus Berbunga 2

1. Ramai melalukan teknik sirama yang salah dan ini antara faktor utama menyeabbkan daisy cepat mati dan mudah dijangkiti penyakit. Siraman yang berlebihan akan menyebabkan jangkitan kuman terutamanya pada pangkal pokok mudah berlaku. Akar mula masam dan gagal menghasilkan tanaman yang sihat. Di samping itu juga, siraman yang di lakukan terus ke atas pokok akan merosakkan kudup bunga yang baru. Sebaiknya, siraman daisy perlu dilakukan terus ke permukaan tanah atau pangkal tanaman.

2. Siraman pun, tak boleh di lakukan dalam kadar arus yang laju. Ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada tanaman

3. Harus di ingat juga, siraman perlu dilakukan di waktu pagi melainkan di musim panas dan pastikan medium tanaamn dalam keadaan kering ketika siraman seterusnya dilakukan

4. Untuk tujuan pembajaan, pastikan ia di tabur dalam jarak 3-5 inci dari pangkal tanaman. Jika pangkal terkena baja, ia akan menyebabkan tanaman panas dan tanpa awatan ia mula mengering dan mati. Jika anda mengesan tanaman anda mengalami masalah tersebut, bersihkan baja dari pangkal tanaman, dan lakukan siraman sehingga baja yang tersisa larut

5. Daisy merupakan tanaman berbunga. Sudah pasti, jenis tanaman berbunga ini memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan bunga. Sama seperti daisy, tanaman ini memerlukan cahaya matahair terus terutamanya di waktu pagi. Namun, pastikan jika cahaya matahari yang diterima terik, ia membahayakan tanaman

Komen anda





Source link