Uncategorized

Tips Penting Untuk ‘Open House’ Yang WOW

Tips Penting Untuk ‘Open House’ Yang WOW 1


Sepanjang bulan Syawal ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan ‘open house’. Selain dari makanan, faktor dekorasi juga memainkan peranan penting. Di sini IMPIANA kongsikan 5 tips penting untuk ‘open house’ yang ‘wow’.

1. Hiasan raya

Hiaslah rumah anda dengan hiasan raya seperti pelita atau apa sahaja hiasan yang mampu mewujudkan mood raya. Tapi, pastikan tidak keterlaluan ye!
Tips Penting Untuk ‘Open House’ Yang WOW 2

2. Susun atur perabot

Sebagai tuan rumah, keselesaa para tetamu adalah menjadi keutamaan. Pastikan perabot yang disusun tidak menghalang laluan atau tidak menjadikan ruang terlalu sempit. Ia bukan sahaja memudahkan pergerakan tetamu, bahkan anak-anak kecil juga tidak akan terlanggar atau cedera ketika seronok bermain.

3. Susun atur meja makan

Juadah yang terhidang pasti nampak tidak menarik dengan susun atur meja yang membosankan. Selain dari pinggan mangkuk, hiasan meja seperti alas meja dan beberapa aksessori seperti lilin atau bunga segar mampu menmbah seri meja makan dan menaikkan selera para tetamu.
Tips Penting Untuk ‘Open House’ Yang WOW 3
4. Sediakan ruang ‘photo booth’

Selain dari menjamu selera, para tetamu juga sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan dengan tuan rumah atau ahli keluarga. Dengan adanya photo booth, gambar yang diambil akan jadi lebih menarik dan tidak membosankan. Ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghias photo booth. Hasilnya nanti pasti mengagumkan!
Tips Penting Untuk ‘Open House’ Yang WOW 4

5. Jangan lupa bersihkan bilik air dan tandas

Apabila ruang tamu dan meja makan dah terhias cantik untuk para tetamu, ruang bilik air dan tandas jangan pula diabai. Sehari sebelum ‘open house’ jangan lupa bersihkan bilik air dan tandas. Bagi menambah keselesaan para tetamu, letakkan pewangi supaya bilik air dan tandas sentiasa berbau segar.

Dalam keghairahan mengadakan ‘open house’, keselamatan rumah juga perlu dititikberatkan. Simpan semua barang berharga di tempat yang tidak mudah diakses para tetamu. Jika perlu, kunci semua bilik tidur yang menyimpan barang peribadi tuan rumah.

Komen anda





Source link